Selawat Doa Yang Paling Makbul


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Kita digalakkan untuk berselawat ke atas nabi setiap hari . Kalau dah sibuk sangat , selawat 11 kali selepas setiap solat 5 waktu . Itu yang paling mudah . Kalau boleh lakukannya sebanyak 100 kali sehari kerana banyak manfaatnya . Hanya dengan berselawat ke atas nabi , ianya dapat memberi syafaat kepada anda di akhirat kelak . Selain tu , banyak lagi kelebihannya . Tahukah anda bahawa selawat adalah doa yang paling makbul ?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

Barang siapa yang berselawat ke atas ku dengan sekali selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali . " 
( Hadis Riwayat Muslim )

 Selawat Doa Yang Paling Makbul


Selawat Doa Yang Paling Makbul


Selawat ke atas nabi adalah doa yang paling makbul . Berikut adalah himpunan hadis yang menyatakan tentang kelebihan berselawat .

Tahukah pembaca bahawa selawat itu doa yang paling makbul ? Kalau nak lebih jelas lagi , mari kita baca hadis dibawah :

Ubay bin Kalab berkata ;

" Wahai Rasulullah , bagaimana pandangan kamu sekiranya aku jadikan seluruh doa ku untuk berselawat kepada mu ? Rasulullah bersabda , " Jika begitu Allah akan mencukupkan apa yang kamu inginkan dari urusan dunia dan akhirat mu dan diampunkan dosamu . " ( Hadis Riwayat Ahmad dan Tarmidzi ) 

" Malaikat Jibril datang kepadaku sambil berkata : Sangat menyenangkan untuk engkau ketahui wahai Muhammad , bahawa untuk satu selawat dari seseorang umat mu akan Ku imbangi dengan sepuluh doa baginya . Dan sepuluh salam bagi ku akan Ku balas dengan sepuluh salam baginya . "( Hadis Riwayat Nasai )

Selawat Itu Ibadah


Selawat bukan perkataan biasa . Jumhur ulama mengatakan selawat itu adalah ibadah dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah . Ia sama seperti berzikir , tasbih dan tahmid . Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada bila - bila masa .

Sabda Rasulullah SAW ;

" Sebaik - baik dan seutama - utama manusia pada hari kiamat adalah mereka yang banyak berselawat kepada ku . " 
( Hadis Riwayat An - Nasa'i , Ibnu Hibban dari Ibnu Masiud ) .

Selawat Ada Syafaat


Selawat nabi ada syafaat dunia dan akhirat . Bukan sekadar doa atau pujian jer tau tapi ada makna yang sangat luas . Sebab itu Allah menyebut didalam firmannya , 
" untuk mendapatkan cinta Allah kena cintai Rasulullah . "

Kasih sayang Allah akan sentiasa melimpah kepada orang yang suka berselawat kepada kekasih Nya .



 Selawat Doa Paling Makbul




~ Cetusan Minda ~


12 Responses to "Selawat Doa Yang Paling Makbul "

  1. Selawat dan salam untuk junjungan besar Rasulullah S.A.W

    ReplyDelete
  2. kak vee,
    tengkiu. :)
    suka skodeng blog akak.
    penuh ilmiah.

    ReplyDelete
  3. satu informasi yang saya yakini 100% kerana Selawat tanda kecintaan kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW

    ReplyDelete
  4. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW...

    ReplyDelete
  5. Berselawat lah ...perkara yang paling mudah untuk mendapat syafaatNya...

    ReplyDelete
  6. Sama2 kita bersalawat ..Banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada Berselawat ..

    ReplyDelete
  7. insyaalah akan amalkan setiap hari...
    terima kasih atas peringtan

    ReplyDelete
  8. Nampak sangat mudahkan Vee... tapi kalau tak didizinkan oleh Allah duk rumah pun kekadang lupa nak berselawat huhu....terasa ruginya

    ReplyDelete
  9. Jom kita banyakkan berselawat...

    ReplyDelete
  10. Salam dan selawat ke atas Nabi junjunganNya....terima kasih atas perkongsian ini Vee....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...