Mereka Ada Agenda


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Beberapa hari lepas kecoh dengan " I Want To Touch A Dog " . Kecoh media sosial dengan pelbagai pendapat juga kutukan . Ada juga yang terlibat dengan bangganya post di FB . Ada juga ulama yang menegur . Tapi ibarat nasi sudah menjadi bubur , perkara sudah berlalu , nak menyalak bukit pun tak ada gunanya . Tidak ada apa yang boleh diubah .

 Mereka Ada Agenda

Mereka Ada Agenda


Sesiap pun mereka yang menganjurkannya , CM menganggap mereka ada agenda tersendiri . Yang terbaru pula , ulama terkenal Ustaz Azhar Idrus telah menjadi mangsa kecanggihan teknologi . Berikut adalah buktinya ;

Kuala Terengganu : Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.
"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.
"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.
"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.
“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

Sangat jelas bahawa sekarang ini hukum Islam telah cuba dipermainkan oleh pihak tertentu .Harapan CM , umat Islam Malaysia masih teguh iman dan pendirian tentang kehendak Islam . Diharapkan generasi Y lebih utamakan agama berbanding teknologi . Ibu bapa pula lebih peka terhadap tindak tanduk anak - anak dan lebih tegas tentang hukum agama .



Nota :

Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan . Nanti Allah murka !



Disediakan oleh :






8 Responses to "Mereka Ada Agenda"

  1. yang sha sedih sebab orang islam tak boleh kuat menghadapi semua ni, caci maki berleluasa, takde pulak nak bawak akhlak peribadi Rasulullah untuk bersabar dan handle benda macam ni setenangnya... hurm

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Sis Vee...

    Sama juga kes macam ajing berserban dan berjubah..Too much lah mereka ni...Mohon bertaubat kalau penyebar seorang yang beragama islam...

    ReplyDelete
  3. Betul tu vee yg risaunya anak cucu kita akan datang tu...sekarang ni dah macam macam merapunya....takut mereka keliru tambah lagi kalau didikan agama tak berapa nak kuat....

    ReplyDelete
  4. Hukum agama sepatutnya diterapkan oleh ibubapa kepada anak-anak sejak dari rumah.
    Itu asas agama untuk anak-anak.
    So, taklah senang2 anak-anak mufa islam diperkotak-katikkan oleh pihak yang berniat memesongkan akidah umat islam.

    ReplyDelete
  5. Saya pun ada terbaca di akhbar berkenaan fitnah terhadap UAI.
    Kesian beliau. Takpe, Allah Maha Mengetahui.
    Setiap perbuatan jahat akan ada balasan di hari Pembalasan.
    Jika ada Muslim yang terlibat, bertaubatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  6. Umat Islam perlu bersatu menangkis segala fitnah kejahatan.

    ReplyDelete
  7. Walaupun penganjur dah mohon maaf secara terbuka tapi pada zumal tajuk IWTTAD tu pun dah nampak macam ada yang tak kena... Kenapa dia letak tajuk 'I want'? Macam betul2 hendak kumpul dosa dan ajak orang lain turut serta. Kalau ia kempen kesedaran perlukah haiwan tu turut dijemput memeriahkan majlis? Hehe just pendapat zumal...

    ReplyDelete
  8. betul tu vee, lately benda gini banyak sangat dah
    kita umat islam kena bersatu, tulah kuncinya kan?
    kalau tak, benda camni akan berterusan
    ALLAH bayar CASH nanti

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...