Kepentingan Sutrah Dalam Solat


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Mungkin ada antara anda baru sahaja mendengar perkataan ' sutrah ' . Apa yang dimaksudkan dengan sutrah dan apa kaitannya dengan solat ? Sutrah merupakan suatu benda yang dijadikan penghadang atau penghalang seperti dinding , tembok , tiang , kerusi serta lainnya yang diletakkan di hadapan orang yang hendak melakukan solat . Kepentingan sutrah dalam solat adalah supaya ianya dapat membataskan ruang solat anda dengan ruang lainnya .


 Kepentingan Sutrah Dalam Solat
Keterangan gambar:
Orang no.1 menggunakan dinding sebagai sutrahnya
Orang no.2 menggunakan punggung orang sebagai sutrahnya
Orang no.7 menggunakan tiang sebagai sutrahnya


Kepentingan Sutrah Dalam Solat


Banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang memerintahkan umat Islam memastikan adanya sutrah sebelum melakukan solat . Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Janganlah engkau solat kecuali menghadap sutrah . "
( Sahih . Riwayat Ibnu Khuzaimah )

" Jika seseorang daripada kalian melakukan solat menghadap sutrah , maka hendaklah dia dekat kepadanya , jangan sampai syaitan membatalkan solatnya .
( Sahih. Abu Dawud )

Kedudukan Sutrah


Sebelum menunaikan solat , ada beberapa peraturan kedudukan sutrah yang anda perlu ketahui . Peraturan ini penting kerana ianya dapat membantu anda solat dengan selesa tanpa ada orang yang lalu lalang di hadapan anda . Sekiranya ada orang yang berjalan dihadapan anda yang sedang solat maka sudah tentu ianya mengganggu kekhusyu' an anda ketika mengerjakan solat . Antaranya peraturan yang perlu dipatuhi ; 

1- Jarak di antara sutrah dengan tempat sujud anda sekurang - kurangnya boleh dilalui oleh seekor kambing.


Sebagaimana yang diberitahu dalam hadis dari Sahl bin Sa'ad Al-Sa'idi r.a. yang bermaksud ;
" Jarak antara tempat sujud Rasulullah s.a.w. dengan dinding kira - kira cukup untuk dilewati seekor anak kambing .
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

" Dan janganlah engkau membiarkan seseorang melintas dihadapanmu ( ketika solat ) . Jika ia melintas maka cegahlah , kerana sesungguhnya bersamanya ada syaitan . "
( Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah )

" Apabila salah seorang di antara kalian solat dengan memasang sutrah di depannya , hendaklah dia mendekat ke arahnya sehingga syaitan tidak dapat memutuskan solatnya . "
( Sahih. Riwayat Abu Daud )

Apabila tiada ruang untuk syaitan singgah maka syaitan tiada peluang untuk menanam perasaan waswas seterusnya menganggu kekhusyu'an solat anda dengan memikirkan hal dunia .


2- Sutrah yang anda gunakan diukur dari sudut ketinggian bukan kelebaran .


Berdasarkan dalil hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Yang bermaksud ;

" Apabila Baginda solat di padang pasir dan tidak ada suatu pun yang boleh dijadikan sutrah , Baginda memacakkan tombak dihadapannya . Lalu Baginda solat menghadap tombak tersebut dan para sahabat bermakmum di belakang Baginda . "

" Apabila salah seorang kalian ( ketika hendak solat ) telah meletakkan sutrah didepannya setingggi pelana tunggangan maka solatlah, dan dia tidak perlu menghiraukan siapa pun yang melintas dibelakangnya . "
( Riwayat Muslim ) .

 3- Sutrah boleh sahaja terdiri dari apa sahaja benda seperti kerusi , dinding malah juga orang berdiri selagi ketinggiannya cukup untuk memenuhi syarat . Rasulullah s.a.w sangat sukakan dinding sebagai sutrah .

Apabila Sutrah Beralih Arah



Apabila seseorang itu solat dengan menghadap sutrah, dan kemudian sutrahnya lari. Contohnya dia solat di belakang orang dan orang itu bangkit. Kalau jarak orang yang solat dengan dinding di depannya dekat, dia boleh berjalan ke depan mendekati dinding di depan. Dalilnya adalah pernah ada seekor anak kambing hendak lalu di hadapan Nabi ketika Nabi sedang solat, Baginda merapatkan dada dan perut Baginda sehingga menempel ke dinding tersebut, menunjukkan Nabi tidak membenarkan kambing itu lalu di antara Baginda dan sutrah. Ini menunjukkan keharusan apabila kita solat dan sutrah itu lari, kita mendekatkan diri kita dengan sutrah.

Larangan Berjalan Di Depan Sutrah 


Rasulullah s.a.w melarang kita berjalan didepan sutrah ketika orang sedang melakukan solat sebagaimana dalam hadis Abu Sa'id Al-Khudri yang bermaksud ;
" Apabila seseorang di antara kamu solat dengan memasang sutrah yang membatasinya daripada manusia , lalu ada seseorang yang ingin lalu dihadapannya , maka hendaklah dia menghalangnya . Bila dia enggan , bunuhlah dia kerana sesungguhnya dia adalah syaitan . "
( Riwayat Al - Bukhari dan Muslim ) .

Perkataan bunuh disitu membawa maksud bahawa berjalan di depan orang yang sedang melakukan solat adalah satu kesalahan yang besar malah ada hadis yang mengatakan ianya berdosa .


Sudah nyata bahawa Sutrah bukanlah benda yang kita boleh ambil mudah bila hendak melakukan solat . Kepentingan penggunaan sutrah dalam solat dapat menghalang syaitan dari menggangu kita untuk khusyuk dalam ibadah solat kita .



Disediakan oleh :






11 Responses to "Kepentingan Sutrah Dalam Solat"

  1. Hurm... terfikir sesuatu pula saya baca tentang sutrah ni..
    Abes yg dalam surau awam tu, macam mana pulak keadaannya ya..
    Sebab selalu masuk surau, orang solat kat belakang2.
    Jadi kita yang baru masuk ni terpaksa pergi depan dia..
    Hurmm..

    ReplyDelete
  2. Thanks Vee..memang betul tu. Kita tak boleh sewenang-wenangnya melintas di depan orang yang sedang solat kan..

    ReplyDelete
  3. Memang tak berapa familiar dengan perkataan ni tapi taulah memnag kena letak something didepan kita semasa solat. Biasanya letak tudung jer kalau solat kat surau mall tu....

    ReplyDelete
  4. ohhh di panggil sutrah ye sis.. baru tau ni.. selama ni sllu juga baca buat hadangan bila nak sholat... TQ sharing ya.. memang bermanfaat...:)

    ReplyDelete
  5. Saya baru tahu pasal sutrah di sini. Sangat bermanfaat.
    Terima kasih untuk perkongsian ilmunya.

    ReplyDelete
  6. betul tu vee...
    ada yg ingat masjid kat malaysia ni mcm kat masjidil haram...senang2 je melintas depan org solat...yg bersolat pun kena proaktif letak sutrah waktu nak solat

    ReplyDelete
  7. saya ada kemusyikalan ni vee
    surau ditempat saya bekerja ni biasanya boleh menempatkan
    4 orang pada satu-satu masa, dua depan dan dua belakang
    masalahnya yang dibahagian belakang

    contohlah yang depan sudah siap bersolat
    camne orang seterusnya nak ke depan
    maaflah ye, saya musykil bab ni

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang dapat tambah ilmu, terima kasih

    ReplyDelete
  9. Yana Yani ...

    APABILA SUTRAH BERALIH

    Apabila seseorang itu solat dengan menghadap sutrah, dan kemudian sutrahnya lari. Contohnya dia solat di belakang orang dan orang itu bangkit. Kalau jarak orang yang solat dengan dinding di depannya dekat, dia boleh berjalan ke depan mendekati dinding di depan. Dalilnya adalah pernah ada seekor anak kambing hendak lalu di hadapan Nabi ketika Nabi sedang solat, Baginda merapatkan dada dan perut Baginda sehingga menempel ke dinding tersebut, menunjukkan Nabi tidak membenarkan kambing itu lalu di antara Baginda dan sutrah. Ini menunjukkan keharusan apabila kita solat dan sutrah itu lari, kita mendekatkan diri kita dengan sutrah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...