Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Tidak dinafikan Rasulullah SAW banyak mengambil makanan dari bijirin , sayur - sayuran dan buah - buahan . Roti yang paling kerap Baginda makan dibuat daripada bijirin barli yang ditumbuk dan diayak untuk membuang hampasnya . Inilah kaedah diet versi Rasulullah yang berkhasiat dan mudah didapati .
Diet Versi Rasulullah
Mungkin ramai antara anda tidak mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. makan roti yang dihasilkan daripada biji barli bukannya gandum . Hanya sesekali baginda makan roti yang diperbuat daripada gandum . Ini jelas dinyatakan sebagaimana hadis di bawah ;
Roti Daripada Barli
Para sahabat Rasulullah juga isterinya Aisyah r.a. mengakui bahawa Rasulullah kerap makan roti yang dihasilkan daripada bijirin barli yang ditumbuk sebagaimana hadis berikut ;
Mengikut Sahl bin Saad ,
" Aku tidak pernah melihat nabi memakan roti yang diperbuat dari tepung putih yang diayak sehingga Baginda wafat . "
Beliau di tanya oleh seseorang ; Bagaimana kamu membuat tepung tanpa di ayak ?
Sahl bin Saad menjawab ,
" Kami menumbuk barli ( Sya'ir ) kemudian menghembus untuk membuang kulitnya . Kemudian kami menggunakan yang baki untuk memasak dan makan . " ( Riwayat Bukhari )
Memakan Tamar
Rasulullah sangat gemar memakan tamar memandangkan tamar sangat mudah didapati malah dapat menahan lapar untuk jangka masa yang lama . Selain itu tamar juga berkhasiat dalam mengelakkan pelbagai jenis penyakit . Aisyah r.a. juga menyatakan bahawa Rasulullah lebih kerap memakan tamar .
Pada masa - masa tertentu nabi akan memakan roti yang diperbuat dari gandum . Mengikut sebuah riwayat dari Aisyah ,
" Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut - turut dan ( pada hari mereka tidak memperoleh roti ) mereka terpaksa memakan tamar . " ( Riwayat Bukhari - Muslim )
" Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan . Yang ada ( untuk dijadikan makanan ) hanyalah buah tamar dan air . Melainkan kadang kala diberikan kepada kami sedikit daging . " ( Riwayat Bukhari - Muslim )
Tembikai Dan Timun
Di samping buah tamar , nabi juga memakan buah - buahan dari jenis lain , sebagai contohnya tembikai . Sehubungan dengan ini , Aisyah meriwayatkan ,
" Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama - sama dengan buah tamar basah . " ( Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi )
Nabi juga tidak mengabaikan sayur . Mengikut Abdullah bin Jaafar ,
" Saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur dari jenis mentimun . " ( Riwayat Muslim)
Daging Kambing
Daripada 'Amr bin Umayyah ,
" Beliau melihat Rasulullah memotong daging kambing untuk dimakan dengan menggunakan sebilah pisau . Apabila mendengar suara azan berkumandang , baginda berhenti dan terus bangun untuk melaksanakan solat . "
" Nabi Muhammad menyuruh agar susu kambing dibawa kepada baginda dan selepas dibawa , baginda meminum segelas daripadanya . Kemudian apabila baginda diberikan gelas yang kedua , baginda tidak menghabiskannya dan bersabda , ' orang Islam minum dengan satu perut , sedangkan yang kafir minum dengan tujug perut . " ( Riwayat Muslim )
Cara Memakan Daging Yang Betul
Tambahan dari itu nabi tidak pernah melarang umat Islam memakan daging . Berhubung dengan ini baginda pernah bersabda ,
" Gigitlah daging sedikit demi sedikit dengan gigi - gigi kamu . Cara ini lebih lazat dan lebih membantu penghadaman . " ( Riwayat Tarmuzi - Hasan )
Tembikai dan timun adalah dua jenis makanan yang bersifat sejuk . Memandangkan Rasulullah berada di tempat yang memiliki suhu yang panas , tembikai dan timun yang berjus dan memiliki air yang banyak adalah salah satu cara yang mudah untuk menyejukan badan dalam cuaca yang panas . Selain minum air , memakan tembikai dan timun dapat elak badan dari terhidrat dengan mudah .
Zumal pun nak praktik diet cara Rasulullah...
ReplyDeleteBagus betul Zumal.
DeleteSemoga success.
Tembikai, memang suka.
ReplyDeleteTimun tak sangat.. rasa dia mcm pahit2 sikit kan.
Kalau saya, boleh makan timun..aslkan buang kulit & x dimakan begitu saja.
DeleteMesti dengan nasi.
Alhamdulillah... kita ikut saja sunnah nabi... insyaallah ada ganjaran dan hikmahnya... :D
ReplyDeleteTerima kasih sis. Amat bermanfaat entri ini..
ReplyDeleteDalam sunnah pasti ada kejayaan.. sedap pulak tengok roti tu.
ReplyDeletesinggah rhb sini.. :)
Alhamdulillah dpt info ni.
ReplyDeleteTertarik dengan roti dari barli.
saya suka makan tembikai...memang leh menyejukkan badan (^_^)
ReplyDeleteThanks Sis vee..Nak sangat cuba roti dari barli..mesti sedapkan...
ReplyDeletesemua tu saya pun suka makan
ReplyDeletetapi roti barli tak pernah saya ketahui kewujudan dia
musim hujan ni tembikai tak berapa manis dan jarang nampak dijual.../ sy memang suka tembikai.
ReplyDeleteinfo, artikel yg baik mngenai pemakanan
ReplyDeleteBenda tu semua kalau buh depan mata mmg habis licin OKje makan hihi...cuma kalau nak kena potong sendiri tu agak ambik masa nak licin...
ReplyDeleteOhhh daging tu kena gigit pakai gigi yer Vee bukan kita koyakkan pakai tangan,....
Diet cara rasulullah tuh sebaik2nya kan
ReplyDelete