Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Kenaikan RON 95 mulai semalam telah membangkitkan banyak kemarahan rakyat . Pelbagai rungutan telah mereka suarakan di media sosial . Untuk meredakan kemarahan itu , maka hari ini Menteri Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malik telah menjanjikan akan ada berita baik untuk rakyat pada pembentangan Budget 2015 yang akan dijalankan pada minggu hadapan .
Budget 2015 : Janji Pemimpin
Seperti yang telah dijangkakan oleh ramai rakyat Malaysia , kelukaan akibat kenaikan RON 95 pasti akan di pujuk dengan pelbagai intensif untuk rakyat pada pembentangan Budget 2015 pada minggu hadapan . Rasanya anda sudah dapat agak apa yang mungkin akan dijanjikan oleh pemimpin kita . Antaranya adalah beberapa langkah yang dirasakan dapat membantu mengurangkan beban rakyat seperti ;
- Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) akan dinaikkan jumlahnya .
- Pemberian bantuan persekolahan
- Subsidi Harga Rumah
- Insentif percukaian lain
Pemantauan 24 Jam
Untuk mengelakkan berlakunya kenaikan harga barangan , pemimpin kita berjanji akan melakukan penguatkuasaan dan pemantauan selama 24 jam sehari bagi mengelakkan peniaga melakukan sewenang - wenangnya kepada pembeli .
Adakah Dilaksanakan ?
Dalam bab ini CM tertanya - tanya adakah cukup kakitangan mereka untuk melakukan pemantauan selama 24 jam di seluruh negara dan adakah ianya akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab ? Memang mudah untuk berjanji bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur kepada mereka dalam menjatuhkan hukuman tapi pelaksanaannya belum tentu .
Adakah GST yang akan dilaksanakan pada April 2015 nanti tidak akan melibatkan petrol dan diesel , kita nantikan sahaja pembentangan Budget 2015 minggu hadapan .
Disediakan oleh ;
Salam Jumaat Sis Vee..
ReplyDeleteDoakan yang terbaik untuk semua...bila berjanji herus ditepati..Anyway perlu ke lagi BR1M tu?
erm.. memang tak percaya lah depa kata nak buat pemantauan 24jam tu.. tak logik!..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. mudah2an kita gembira dengar budget 2015.. Salam per kenalan dari saya
ReplyDeletePemantauan dibuat 24 jam... tapi selama berapa lama? seminggu jerk? kekekeke... another gula2... :D
ReplyDeleteAsik naikkan BR1M je..
ReplyDeleteLepas tu subsidi makin dikurangkan..
Masalah tak juga setel.
Rasenye macam ada helah/udang di sebalik batu je?
Yang penting saya nak cakap, mmg menyusahkan semua lapisan masyarakat.
orang cam saya tak layak untuk dapatkan BR1M
ReplyDeletetapi nak buat camne, ALLAH nak duga
Tak sabar nak menantikan pembentangan bajet 2015 nanti.
ReplyDeleteCakap mmg mudah & dari dulu lagi ckp mcm tu... masalah yg atas tu betul ke pantau. Org bawah je yg penat buat ground work, kelulusan pun kat atas juga... wallahualam...
ReplyDeleteTunggu jerlah siapa yg kena.......hihi...
ReplyDeleteSamada rakyat terus merungut, rakyat terus mengeluh atau pun rakyat tarik nafas lega
Tunggu dan lihat jer laaa...
ReplyDeleteBr1M nak dinaikkan... tapi bukan semua org dapat pun.. kan,
ReplyDeleteSecara keseluruhannya saya bersyukur hidup di Malaysia berbanding dengan negara lain yang masih lagi bergolak kerana perang dan sebagainya.
ReplyDelete