Dengan lafaz Bismillah . Hampir seluruh rakyat Malaysia meletop bila kempen ' I Want To Touch A Dog ' berlangsung kerana ianya melibatkan orang Islam . Walaupun sudah terang lagi jelas tentang hukum haramnya , orang Islam masih lagi berani melakukannya hanya kerana ada kehadiran 'ustaz' di situ . Belum reda isu tentangnya di media sosial , kini timbul pula kisah biawak . Maka jadilah satu lagi drama sebabak , dulu anjing sekarang biawak .
Dulu Anjing Kini Biawak
Tajuk diatas sangat jelas bahawa CM nak melontarkan isu dulu anjing kini biawak . Isu ini berbangkit bila ada seseorang telah memuat naik status di Facebook miliknya pada hari Sabtu lepas seperti yang tertera di imej di atas .
“test merasa daging biawak dari booth unit infantri di karnival semarak minda komuniti 1Malaysia negeri perak 2014 di dataran pavilion bersebelahan dewan jubli perak kuala kangsar (dekat masjid ridzuaniah)”
Menurut penganjur , pameran daging biawak itu bertujuan untuk mendedahkan kepada pengunjung bahawa para tentera yang bertugas di hutan akan memakannya sekiranya tiada makanan lain ketika itu aka dalam keadaan darurat .
Pada pendapat CM , kalau sekadar nak mempamerkan , tak perlulah buat BBQ kan . Pamerkan sahajalah replika biawak tu ataupun biawak hidup dalam sangkar . Bila dah BBQ , sudah tentu orang yang datang akan makan . Kalau orang asli atau kafir , itu tak ada masalah sebab mereka dah biasa makan .
Bila orang Islam dengan sengaja mencuba rasanya , maka sudah tentu mereka ini sudah tidak kisah dengan hukum dan dengan perkataan yang lebih mudah , ' tak takut Allah . ' CM tidaklah menyalahkan penganjur itu seratus peratus sebab kalau anda rasa anda seorang muslim sejati , anda tidak akan memakan daging biawak yang anda sudah pasti tentang hukumnya .
Hukum Makan Daging Biawak
Mufti Negeri Perak , Tan Sri Harussani Zakaria telah memberi komenya tentang isu ini ;
“ Haram hukumnya memakan daging biawak tu. Memang ada komando yang makan ular, biawak ketika di hutan, tetapi itu dalam keadaan ‘darurat.’ Apa yang dijumpai, itulah yang mereka makan. Bukannya ada bekalan makanan.
“ Bukannya nak jadi makanan sangat pun, cuma untuk tenaga. Tapi perbuatan sengaja memakan daging biawak adalah jelas haram ,” katanya.
Anda Sendiri Tanggung
Bila banyak perkara berlaku membabitkan orang Islam yang melanggar hukum haram ini , CM cuma dapat katakan bahawa ramai muslim di Malaysia ini masih rapuh imannya . Kalau dah tahu haram , tapi dek kerana ada pihak yang memudahkan hukum , maka mereka selamba sahaja terimanya dengan mudah . Islam bukan setakat wajib solat , puasa , tidak boleh berzina , wajib tutup aurat malah segala hukum hakamnya kita perlu patuhi .
Tak perlulah salahkan penganjur kerana adakan kempen itu dan ini kalau dalam jiwa anda itu masih tiada pengukuhan iman . Kalau dah hukumnya haram , ianya tetap haram walau dalam keadaan apa sekalipun kecuali darurat atau sebab belas kasihan perlu membantu . Itu pun masih ada cara - cara tertentu untuk melakukannya . Ingatlah di akhirat nanti anda sendiri yang perlu menanggungnya bukan penganjur atau orang - orang yang menghalalkna cara .
Disediakan oleh ;
suka dua perenggan terakhir tu
ReplyDeletesememang kita boleh menunding jari sekarang
tapi nanti di akhirat, kita yang menanggung sendiri
jadi moleklah sekiranya beringat
haram x leh main2..
ReplyDeletesalam perkenalan
jemput join segmen ni..http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html
Bunda pernah baca dalam satu artikel berkenaan biawak ni...memang betul kita diharuskan dalam keadaan darurat...
ReplyDeleteMalaysia ni belum pernah dengar lagi sampai darurat tak de makanan langsung...
Manusia akhir zaman..
eeeee... geli geleman
ReplyDeleteMacam2 hal berlaku sekarang ni ..Tak habis lagi yang tu muncul pualk yangni ..Macam2 hal la kan ..Sabor jer laa
ReplyDeletearghhh sakit kepala dengan sikap orang zaman sekarang ni..!
ReplyDeleteini bukan liberalisme, ini bebalisme langsung!
Setuju dengan awak Vee.... pokok pangkalnya diri kita....kena jatikan diri supaya apa pun yg datang iman dapat menepis....huhu takutnya dunia sekarang ni... Mereka ni mcm mencabar Islam kan....
ReplyDeleteada banyak orang jadi macam ragamnya..sungguh tak paham dengan deme ni..
ReplyDeleteMereka nie seolah-olah nak mempermainkan agama Islam....
ReplyDeleteHukumnya jelas haram utk orang Islam kecuali darurat. demonstrasi tunjuk gambar je pun boleh kot, tak payah sampai mencuba
ReplyDeleteAdoiii...apasal banyak sangat isu yang cuba mengelirukan akidah umat islam sekarang ni?
ReplyDeleteDah tak takut ke sampai nak cabar hukum Allah? Bawak2 tobatlah beb. Lebih baik anjur kem jom fahami solat ke, jom hafaz ayat Quran ke...yang itu dapat lah tambah pahala.
Yang nak pi tambah dosa tu buat ape?
Banyak lagi makanan halal, buatpe ko nak test biawak?
Lepas ni apa? Makan otak monyet pulak?
Inilah jadi bila takde.ilmu agama tapi taknak rujuk pada Yang Ahli!!
Alahai.....dunia.....
ReplyDeletesaya dah singgah dan follow di blog ini,
ReplyDeletesaya join blogger area mega giveaway
singgah la disini:
http://mimpicoklat.blogspot.com/
Ermmm bila halal haram dibuat main...
ReplyDelete