Berbekam Amalan Sunnah ?


ASSALAMUALAIKUM ...


Dengan lafaz Bismillah . Berbekam adalah aktiviti mengeluarkan darah kotor dari dalam badan . Benarkah berbekam itu adalah amalan Sunnah ? Tahukah anda bahawa Rasulullah juga telah melakukannya . Baginda melakukan bekam untuk mengeluarkan racun dari badannya apabila baginda termakan daging panggang yang beracun . Justeru itu berbekam adalah amalan Sunnah .


 Berbekam Amalan Sunnah ?

Berbekam Amalan Sunnah ?

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud : Maksudnya: 

" Daripada Salma khadam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dia berkata: "Tidak mengadu kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam seseorang tentang sakit di kepala melainkan Baginda menyuruh orang itu supaya berbekam, dan tidak mengadu kepadanya seseorang tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda menyuruhnya supaya berinai. "
(Hadis riwayat Abu Daud)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah Rasulullah melakukan aktiviti berbekam sebagai bukti berbekam amalan sunnah , mari kita sama - sama baca kisah ini .

Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Bisyr bin al - Barra' menemui ajalnya dalam keadaan sungguh menyayat hati . Dia terpaksa menanggung penderitaan yang hebat akibat memakan daging kambing panggang yang dilumur racun . Bukan sembarangan racun , sedikit sahaja cukupm untuk membunuh sekawan kambing .

Ia angkara muslihat jahat orang Yahudi yang tidak pernah lurus hati terhadap orangan Islam . Gara - gara kalah teruk dalam Perag Khaibar , pemuda - pemuda Yahudi Khaibar merestui rancangan seorang wanita sebangsa yang bernama Zainab binti Harris , cuba menyakiti Rasulullah SAW dengan memberi racun .

Mudah sahaja alasan Zainab , apabila ditanya Rasulullah SAW : " Kalau benar tuan seorang Nabi utusan Allah , Allah akan lepaskan tuan daripada racun tersebut . Tetapi jika bukan , kami berharap agar boleh bebas daripada penjajahan tuan . "

Usai Perang Khaibar dan segala urusan yang bersangkutan , Rasul pun bertolak pulang ke Madinah bersama - sama rombongan . Rasul singgah di suatu tempat bernama ash- Shahbaa , belum jauh benar dari Khaibar . Tiga hari di situ sambil mengadakan kenduri ringkas meraikan pernikahan baginda dengan Safiyah yang beberapa hari dilangsungkan .

" Tuan Abu Qasim , aku ada membawa satu hadiah untuk tuan . " Seorang wanita menyapa Rasulullah  SAW yang sedang berjalan ke khemahnya . 

Rasulullah SAW menerima pemberian itu dengan  senang hati . Daging kambing  panggang , makanan kegemaran baginda . Namun kebetulan baginda sedang sibuk dengan beberapa urusan tertentu , hadiah itu tidak segera dijamah . Sehinggalah selesai segala urusan yang penting .

Rasul ditemani tiga orang sahabat menghadap hidangan lazat itu . Rasulullah SAW memotong daging bahagian kaki depan , bahagian yang cukup baginda gemari lalu menggigitnya . Tetapi tiba - tiba sahaja baginda melepaskan semula gigitan dan meletakkan daging itu

Letak semula daging itu . Ia beracun ! 

Ucap Rasulullah SAW dengan tegas . Tetapi seorang sahabat bernama Bisyar bin al - Baraa ' telah lebih dahulu mengunyah dan menelannya , tak sempat Rasulullah SAW menahannya . 

Rasululaah SAW segera  BERBEKAM  sebagai ikhtiar mengeluarkan bisa racun yang sempat meresap ke dalam salur darahnya . Diperintahkan tiga sahabat yang terlibat dalam insiden berkenaan melakukannya juga . Namun nyata racun yang digunakan terlalu keras kesannya . Sedikit berbekas juga kepada baginda  . Untung sahaja Safiyah tidak turut menjamah hidangan beracun itu .
Menurut setengah riwayat , sewaktu Rasulullah SAW menghadapi sakit hampir wafat , baginda memberitahu para isterinya bahawa tubuhnya masih terasa sakit kesan daripada racun yang pernah menyentuh lidah dan bibirnya itu . Tetapi tidaklah pula Rasulullah SAW mengeluh menyesalinya . Semuanya telah ditakdirkan oleh  Allah SWT .

" Kenapa engkau meracuni makanan ini ? " 

suara Rasul bernada kesal melontar pertanyaan kepada wanita yang menghadiahi daging kambing panggang tadi . 

" Siapa yang memberitahu daging panggang ini bercun ? 

Balas wanita itu pula .

" Kambing panggang ini yang memberitahuku . "

Benar . Aku yang meracuni makanan ini . 

akui wanita itu .

Apa yang menyebabkan kau berbuat demikian ? "

Wanita itu pun menjawab tanpa teragak - agak . Rasul tidak berkata apa - apa mendengar jawapan terus terang wanita itu .

Cukup berani dia mengambil risiko mempertaruhkan nyawa orang lain demi mencari kejelasan terhadap apa yang diraguinya . Namun atas sikap dan sifat baginda SAW yang menjadi pembawa rahmat untuk sekelian alam , Rasulullah memaafkan wanita itu .

Suatu kejutan yang bukan kepalang buat wanita itu ; Zainab binti Harris .  Belum pernah berlaku dalam sejarah hidup manusia sepertimana yang diperbuat oleh Rasulullah - memaafkan orang cuba hendak membunuhnya !

Meski baginda terselamat , seorang sahabat sedang bertarung dengan maut kesan pengaruh racun yang sudah masuk ke dalam perutnya . Keluhuran pekerti Rasul akhirnya menguak pintu hati Zainab untuk menerima petunjuk Allah SWT .

Dia melafazkan penyaksian beriman kepada Allah dengan sejujur hatinya . Lalu tertanggunglah ke atasnya tuntutan hukum hakam Allah sepertimana yang ditanggung oleh setiap Muslim . Akur dan taat pada ketetapan syariat . 

Zainab binti Harris tidak berpeluang hidup lama sebagai seorang Muslimah . Dia harus menjalani hukuman qisas setelah sengsara Bisyr berakhir dengan kematian . Sebabnya kerana Zainab tidak mendapat keampunan dari ahli keluarga Bisyr bin al - Barra ' . Mereka menuntut ganti nyawa di atas kematian Bisyr . Zainab lebih rela menebus ' kesalahannya' di dunia lagi agar bebas daripada perbicaraan panjang di akhirat .


Oleh itu , jangan rasa takut atau malu untuk melakukan bekam kerana ia adalah aktiviti yang sihat dan merupakan amalan Sunnah .



Disediakan oleh ;





14 Responses to "Berbekam Amalan Sunnah ?"

  1. Begitu rupanya asal usul amalan berbekam oleh Rasulullah...

    ReplyDelete
  2. bagus berbekam ni... cuma tak tahan sakit je la. pernah buat bekam darah sekali, bekam angin sekali. bekam angin lagi sakit rupanya ;)

    ReplyDelete
  3. dh lama tak berbekam..katanya salah satu cara utk buang darah kotor

    ReplyDelete
  4. first time saya baca cerita ni cik vee.. other than berbekam dlm entri di atas, kisah Zainab & Bisyr ni sangat menyentuh hati.. :'(

    ReplyDelete
  5. Tak pernah buat. Tapi ada rakan yang so addicted dengan berbekam ni...Mungkin boleh cuba one day..

    ReplyDelete
  6. Suami pernah berbekam,dia kata 'ringan badan..'

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cubalah Vee....mcm seram aje hihi....Vee dah try ke?

    ReplyDelete
  8. Berbekam memang bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  9. Ingin rasanya merasakan dibekam, bagaimana rasanya ya

    ReplyDelete
  10. Kak JM pun pernah berbekam ke?
    Macam menyakitkan je.

    ReplyDelete
  11. Dah lama saya tak berbekam... nak tengok duit kat maybank cukup ke tak nak gi bekam ni..

    ReplyDelete
  12. pkongsian yg menarik..
    ehe lawa la theme baru ni..kemas giler...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...