Penjelasan Subsidi RON95 Dan Diesel


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Sejak RON 95 dan diesel dikurangkan subsidi kepada 20 sen , pelbagai reaksi dari rakyat di media sosial . Adat kehidupan , ada yang mewah pendapatan , ada juga yang sekadar cukup makan . Justeru itu , kenaikan 20 sen RON 95 banyak memberi impak kepada golongan yang kurang mampu . Di sini CM cuba berkongsi sedikit penjelasan subsidi RON 95 dan diesel yang terpaksa kerajaan lepaskan yang CM dapat dari facebook .


 Penjelasan Subsidi RON 95 Dan Diesel


Penjelasan Subsidi RON 95


1. Selama ini rakyat Malaysia samada yang kaya, sederhana dan berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 dan diesel tapi ramai yang kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklumkan di pam-pam minyak.
2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 dan diesel tauhn lepas sahaja ialah RM 24.8 billion dan tahun ini sekitar RM 21-22 billion. Purata RM 2b sebulan ! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.
3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran untuk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Malaysia 2.30. Bermakna Kerajaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Untuk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Malaysia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kerajaan.
4. Hampir RM 2 ribu juta sebulan dibelanjakan untuk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". RM 2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan orang ramai di 2 ribu kampung dengan harga RM 1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dengan harga RM 500 juta sebuah. (48 universiti setahun !) Boleh bina 2 ribu kilometer jalan kampung untuk Sabah dan Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sebab kita beri subsidi untuk RON95 dan diesel.
5. Siapakah penerima terbesar subsidi RM 2 billion sebulan itu? Data yang ada mendapati 70% digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi. Sebabnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kampung-kampung dan pinggir-pinggir bandar hanya guna motorsikal dan kereta-kereta yang kecil.
6. Subsidi sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin bukan kepada yang kaya. Jadi subsidi diesel dan petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil dan tidak rasional. Dulu ketika minyak murah dan kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma RM 2 billion setahun yang kini RM 2 billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan keapda rakyat terbanyak yang boleh diberikan.
7. Maka untuk lebih  adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kepada rakyat yang lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah RM 4 billion & diberi dalam bentuk BR1M yang telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat dan keluarga di negara ini.
8. Tentu rakyat sedang menunggu berita-berita baik yang akan diumum oleh YAB PM dalam Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kepada peruntukan yang banyak. Sebahagiannya tentu daripada subsidi minyak yang telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter untuk faedah kepada ramai rakyat yang lebih memerlukan.
9. Malaysia memang negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport dan dapat hasil yang lebih kepada negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7 juta tong sehari. Kita negara pengeluar yang ke 27 di dunia. Jadi minyak yang ada di stesyen seluruh negara adalah diimport dan harganya ikut pasaran dunia.
10. Memang sukar untuk membuat keputusan yang tidak popular. Tapi keputusan itu adalah untuk membetulkan ketidakadilan yang berlaku. Subsidi minyak yang banyak itu boleh diagihkan kepada rakyat dengan lebih bersasar dan tepat seperti BRIM yang lebih tinggi jumlahnya dan juga untuk pembangunan luar bandar yang lebih baik.
11. Rakyat terbanyak sekarang ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, RM 100 untuk anak sekolah, RM 250 voucher buku. Untuk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan RM 200 sebulan, bantuan-bantuan JKM, Kedai Rakyat 1Malaysia dan lain-lain.
12. Kebajikan yang banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, untuk membetulkan ke arah yang lebih adil dan rasional, khususnya tentang subsidi minyak secara pukal yang tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman dan kesabaran ramai dan banyak pihak. Komitmen kepada kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kerajaan. 

Terima kasih.
Ahmad Maslan... Timbalan Menteri Kewangan 1
Facebook

Membuat Tinjauan BR1M 


Setelah dibaca sehingga selesai tentang penjelasan subsidi RON 95 dan diesel , didapati bahawa pengurangan subsidi 20 sen RON 95 dan diesel adalah untuk BR1M . Oleh itu CM fikir adalah lebih baik sekiranya kerajaan membuat tinjauan sama ada rakyat mahu BR1M itu diteruskan atau pun tidak .

Rakyat Malaysia ni walaupun marah kepada kerajaan kerana kenaikan harga RON 95 dan diesel , bila diberi BR1M , mereka ambil juga . Hak rakyat katanya . Sehinggakan ada yang mengeluh di media sosial sebab web untuk daftar BR1M jadi jam dan hang dik kerana masing - masing nak mendapat habuan BR1M . Bila dah dapat , masing-masing up status di facebook dengan gembiranya .

Sekiranya BR1M diberikan pada bulan Ramadhan supaya rakyat yang kurang mampu itu dapat menyambut hari raya seperti lainnya , ramai juga rasanya rakyat Malaysia yang tersenyum . 

Sekiranya kenaikan RON 95 dan diesel bertujuan untuk mengekang penyeludupan minyak juga pembelian minyak oleh rakyat negara jiran , sudah tentu ianya tidak adil bagi rakyat . Malaysia sudah ada pihak yang bertanggung jawab untuk mengatasi masalah ini . Maka mereka perlu melakukannya !

Apa pun , keputusan tetap ditangan kerajaan .




Disediakan oleh ;








8 Responses to "Penjelasan Subsidi RON95 Dan Diesel "

  1. Kalau ikut saranan Tun M, subsidi ni masih diperlukan oleh rakyat di kala ekonomi suram supaya ekonomi bergerak. Kalau dipotong, perbelanjaan harian rakyat akan meningkat, so rakyat akan kurang berbelanja. Bila rakyat kurang berbelanja, ekonomi kita akan terbantut pertumbuhannya.

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya, pengurangan subsidi itu tak kena pada masanya

    ReplyDelete
  3. Isu harga minyak naik.. bagi mereka yang berkemampuan, mungkin tak ada rasa kesan sangat, tapi bagi rakyat marhaen macam saya ni amatlah terasa kesannya walaupun bukan selalu isi minyak.. -___-


    p/s: Ini blog baru ya? Tertunggu-tunggulah bila VeeSandy nak update blog, rupa2nya dah ada blog baru.. ke saya yang lambat tahu ni.. hehe.. =D

    ReplyDelete
  4. Pencerahan yang Vee berikan memberikan zumal lebih faham tentang langkah yang kerajaan lakukan.

    ReplyDelete
  5. Najib kata kerajaan tak naikkan harga minyak, mereka turunkan subsidi... nampak tak permainan kat situ. Saya tak ckp dari sudut politik, tp dari sudut rasionalisasi manusia. skjp2 naik.. skjp2 naik.. boleh pulak dia ckp turun pulak huhu..
    Nasib tak baik dari tadi je burung biru yg turun... adoii.. :D

    ReplyDelete
  6. Macam macam pendapat.....
    Emmm bukan mudah rupanya nak jadi PMkan Vee.....
    Buka mata buka telinga dan buatlah keputusan yg terbaik...

    ReplyDelete
  7. Huhuhu naik lagi lagi lagi...sabar jer laa

    ReplyDelete
  8. BR1M bukan semua orang dapat walau kerajaan mensasarkan
    sekumpulan penerima, macam saya dah suami mungkin tak kisah sangat bila tak dapat
    tapi dalam kehidupan di bandar
    kenaikan minyak yang sekaligus menaikkan harga barang memang memberi impak
    saya rasa, bukan sekadar pandang pada satu bahagian
    keseluruhan baru boleh nampak
    tapi yelah, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...