Mendengar banyak rungutan pemuda Melayu kerana kesukaran untuk melangsungkan perkahwinan akibat nilai hantaran juga nilai persediaan majlis perkahwinan yang kian meningkat , ada alternatif lain yang boleh anda buat untuk mendapatkan seorang isteri . Oleh kerana hidup dalam budaya Melayu masyarakat Malaysia , sama ada anda suka ataupun tidak , anda tetap perlu patuh kepada adat . Walaupun mungkin tidak menurut adat keseluruhannya , tetapi nilai hantaran tetap menjadi keutamaan . Justeru itu , sesetengah warga tempatan lebih berminat untuk mendapatkan isteri dari kalangan wanita Champa kerana berbaloi dari segi kewangan .
Wanita Champa Berbaloi
Wanita Champa berwajah iras Melayu kerana mereka dari rumpun yang sama . Wanita Champa memiliki wajah yang ayu , menjaga kesopanan , sentiasa menjaga aurat malah masih memiliki sifat pemalu kepada orang luar yang mereka temui . Malah ada di kalangan mereka fasih berbahasa Melayu . Ramai juga dikalangan mereka yang bekerja di Malaysia .
Perbelanjaan Perkahwinan
Kajian mendapati sekurang - kurangnya 10 orang wanita Champa akan dilamar lelaki Malaysia dalam tempoh setahun . Mereka menggunakan khidmat orang tengah atau sindiket . Perbelanjaan perkahwinan wanita Champa sangat rendah berbanding di Malaysia . Untuk berkahwin dengan wanita Champa , lelaki tersebut hanya perlu mengeluarkan AS$ 1,200 ( RM 3, 900 ) . Dari jumlah itu , lelaki tersebut perlu mengeluarkan mas kahwin AS$ 1,000 ( RM 3,300 ) dan selebihnya AS$ 200 ( RM 650 ) untuk majlis kenduri kahwin . Kalau anda nak jimatkan kos , anda boleh menjalankan majlis perkahwinan ketika sambutan Aidil Adha kerana banyak bekalan daging ketika itu .
Bantuan NGO
Badan pertubuhan NGO seperti Al-Itisam Relief Program (ARP), Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) juga sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam , telah merancang aktiviti dalam usaha memperkukuhkan ekonomi mereka menerusi program Misi Prihatin Kemboja Korban dan Akikah edisi ke-8 . Bantuan NGO ini dijalankan secara berperingkat .
Dalam program tersebut , bantuan NGO diberikan dengan memperkenalkan dan mengajar cara menjahit manik , mewujudkan bengkel jahitan dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai wanita Champa yang mahir dan mampu menambah kewangan mereka . Hasil kerja tangan mereka nanti akan dipasarkan oleh NGO terbabit dan keuntungan akan diserahkan kepada wanita Champa yang terlibat .
Kelebihan Wanita Champa
Wanita Champa yang masih sopan , pemalu dan ayu semulajadi ini juga memiliki ilmu agama . Ciri - ciri itulah yang lelaki Melayu dambakan . Maka sudah tentu berkahwin dengan wanita Champa adalah sangat berbaloi bagi lelaki Malaysia yang tidak memiliki budget yang banyak tetapi berhasrat ingin berumahtangga .
Disediakan Oleh ;
Untungnya wanita champa..
ReplyDeleteKlu lelaki tu niatnya baik berkahwin utk membantu ke jln Allah baguslah.. tp klu sekadar nak menganiaya... bertambah kesian mereka..
ReplyDeletetengok promo content je lah.. :D
Berbaloi juge... murah tuuu :)
ReplyDeletecantik..just like us kan...untung orang Malaysia ya...
ReplyDeleteyelah mungkin boleh jadi alternatif jugak bagi lelaki Malaysia ni......dah org Malaysia mahal sangat hehe.... Tapi tak semua gadis Malaysia mahal hantarannya cuba slow talk insyaallah boleh runding....Mak bapak bukan nak jual anak pun kan...
ReplyDeletecantik2 wanita champa ni kan sis.. selain tu mereka lemah lembut & beragama... :)
ReplyDeleteWah...'.isteri dari Morocco ' sudah ada persaingan sekarang ni hehe..
ReplyDeleteSemoga lebih ramai menghulurkan bantuan...
ReplyDeletetak tahu nak komen apa
ReplyDeletetapi tak dinafikan mereka memang dikurniakan rupa yang manis
Slm blh sy dpt mklumat secara lanjut
ReplyDelete