RON 95 Berlapang Dada


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Di facebook sedang hangat memperkatakan tentang kenaikan RON 95 kepada 20 sen se liter . Satu kejutan buat rakyat Malaysia . Serasakan seperti baru semalam saja kenaikan RON 95 berlaku . Kenaikan yang bermula pada hari ini 2 Oktober , menjadikan kisah RON 95 sebagai tragedi Oktober bagi rakyat Malaysia . RON 95 berlapanglah dada kerana belum lagi menjadi sebuah mimpi ngeri . Hanya sekadar sesak nafas sahaja . Walau teruk mana kita merungut , mengecam , memaki hamun , RON 95 tetap naik 20 sen .

RON 95 Berlapang Dada


RON 95 tidak naik sebenarnya . Cuma subsidi dikurangkan . Hakikatnya , walau siapa pun yang memerintah , kenaikan harga minyak tetap berlaku . Dari anda menyalahkan pihak sana dan sini , adalah lebih baik anda selaraskan semula kedudukan kewangan anda . Perbelanjaan keluarga / diri sendiri perlu diteliti semula . Kalau smartphone / gadget yang cecah RM 3K , anda sanggup beli , credit card anda mapu bayar , kenapa anda nak merungut dengan 20 sen ? 


 RON 95 Berlapang Dada

Tempias Kenaikan RON 95

Keresahan tentu banyak bersarang di minda anda semua rakyat Malaysia . Walaupun hanya 20 sen se liter , bila dah kerap mengisi tong untuk sebulan , pasti ada perbelanjaan lain yang akan mendapat tempias kenaikan RON 95 . Antaranya bagi mereka yang merancang percutian hujung tahun , majlis perkahwinan / pertunangan , perbelanjaan sekolah anak - anak dan lainnya . 

Sama ada ada kaitan dengan keluaran terbaru Proton  atau tidak , kenaikan RON 95 tetap dilaksanakan . Ianya akan jadi lebih parah lagi apabila gaji kakitangan kerajaan pula dinaikkan nanti . Maka 'makan hati' lah orang swasta yang berjuang berhempas pulas di tengah kotaraya demi sebuah kehidupan . Sudah tentu golongan peniaga dengan rakusnya akan mengambil peluang kenaikan RON 95 untuk mengaut keuntungan berlipat ganda . 

Kenaikan Harga Barang Dan Perkhidmatan


Kawan setia kepada kenaikan RON 95 sudah tentunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana keduanya menggunakan RON 95 dalam operasinya . Maka pengguna dan pelanggan tidak ada pilihan selain menerima sahaja tempias kenaikan RON 95 . Menekan dan tertekan tapi disebabkan keperluan hidup , maka redhakan sahajalah . CM pasti ramai rakyat Malaysia baru saja nak sesuaikan diri dengan kenaikan harga yang sedia ada .CM baru jer bercongak - congak nak membeli sesuatu . Nampaknya kena tambah budget lah kalau nak dapatkannya . 

Kenaikan RON 95 Boleh Diatasi


Kenaikan RON 95 boleh diatasi dengan banyak cara antaranya , kurangkan makan diluar , kurangkan cuti - cuti Malaysia , kurangkan shopping dan shopping bila ada sale sajalah . Kenalah berkorban demi poket sendiri . Hanya kita yang tahu tahap kewangan dan kemampuan kita . Tak jatuh standard pun pergi kerja tunggang motor cuma basah jer bila hujan dan berkilat kulit bila panas . 

Keresahan tentu banyak bersarang di minda anda semua rakyat Malaysia . Walaupun hanya 20 sen se liter , bila dah kerap mengisi tong untuk sebulan , pasti anda perbelanjaan yang anda perlu kurangkan atau dikorbankan . Antaranya bagi mereka yang merancang percutian hujung tahun , majlis perkahwinan / pertunangan , perbelanjaan sekolah anak - anak dan lainnya . Carilah inisiatif supaya kenaikan RON 95 boleh diatasi dan anda boleh bernafas lega . 


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud ;
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah , tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusi itu sangat zalim dan sangat mengingakri ( nikmat Allah ) .
( Surah Ibrahim : 34 )
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( nikmat Ku ) , maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih . "
( Surah Ibrahim : 7 )




Dihasilkan oleh ;



14 Responses to "RON 95 Berlapang Dada"

  1. Memang rasa terbeban sangat lah sis dgn kenaikan minyak ni..sebab confirm harga barangan lain akan naik mendadak... adui! tensen lah jgk...

    ReplyDelete
  2. wah! setuju sangat dengan entri ni!
    tak terfikir pula pasal lagu tragedi oktober...hehe
    apapun semua yang diutarakan di atas saya setuju sangat
    terasa agak terbeban somehow
    tapi bila melakukan comparison dengan orang lain
    saya bersyukur sangat =)

    ReplyDelete
  3. hai dear... done join giveaway & follow u..
    http://iambintanghati.blogspot.com/2014/10/blogger-area-mega-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. dear.. done join giveaway & follow u..

    http://iambintanghati.blogspot.com/2014/10/blogger-area-mega-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. Semoga kita sesuaikan la dengan kenaikan ini dan bersedia jika ia naik lagi. Itu pasti ^_^

    ReplyDelete
  6. http://madey09.blogspot.com/ salam kenalkan blog etuza

    ReplyDelete
  7. satu peluang terbaik untuk berjimat cermat selepas ini..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum... vee,

    thanks vee perkongsian nie dan tip2 penjimatan masa kenaikan harga minyak ron 95 yg sangat dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana...

    mselim3

    ReplyDelete
  9. Dugaann. Bila minyak naik barang yang lain juga akan naik...So kena berusaha lebih sikit untuk cari pendapatan sampingan...kalau tak mungkin sukar bagi sesetengah dari kita...

    ReplyDelete
  10. Kata Che Det kenaikan harga minyak adalah disebabkan oleh minyak malaysia dicuri... ayoooo.... pigi tangkap itu pencuri laa... bukan naikkan itu minyakk...

    ReplyDelete
  11. Kesian orang yang kerja ulang-alik sebenarnye.
    Dulu saya pernah merasa macam ni.
    Sekarang saya dapat tau ramai patient saya yang berulangalik.
    Diorang ni nak makan pakai pun tak cukup.
    Ni kan pulak nak bayar duit petrol yang asik dinaikkan.

    ReplyDelete
  12. Rasa mcm baru sgt naik.. dah naik lagi hhmmm...

    ReplyDelete
  13. disaat aima kena buang kerja ni lah (terpaksa berhenti kerja) minyak naik harga. aduhaiii, cabaran besar la nanti jawabnya.
    Yang kita risau tu sbb bila minyak naik walau sekupang, tapi yg berderet2 kat belakang tu naik yg plg kita takut tu.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...