Assalamulaikum ...
Daripada Ummu Said r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Cuka banyak memberi khasiat kepada pemakannya sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Al - Qanun Fi Al - Tib karya Ibnu Sina dan kitab Al - Tib Al - Nabawi karya Ibnu Qaiyyim . Antaranya ;
* NOTA :
Cuka yang berkeladak adalah cuka yang terbaik .
~ Sumber Informasi ~
Khasiat Cuka ( Khal ) | Dengan lafaz Bismillah . Apabila saya mendapati bahawa cuka ( khal ) merupakan makanan kegemaran Rasulullah , maka sudah pasti banyak khasiat yang terkandung didalamnya dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia . Justeru itu saya kongsikan di sini agar kita sama - sama beroleh manfaat bila mengamalkan pemakanannya dalam kehidupan seharian kita .
Cuka ( Khal ) Kegemaran Rasulullah ?
Daripada Ummu Said r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sebaik - baik hidangan ialah khal ( cuka ) . Ya Allah , berkatilah pada khal ( cuka ) . Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku . Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal ( cuka ) . "( Riwayat Muslim , Ibnu Majah )
Rasulullah sukakan cuka . Pada ketika itu , hanya kurma digunakan untuk menghasilkan cuka melalui proses pemeraman . Tentu ada banyak kelebihan khal (cuka ) ini sehingga Rasulullah sangat suka memakannya .
Khasiat Khal ( Cuka )
Cuka banyak memberi khasiat kepada pemakannya sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Al - Qanun Fi Al - Tib karya Ibnu Sina dan kitab Al - Tib Al - Nabawi karya Ibnu Qaiyyim . Antaranya ;
- membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembekakan seperti bisul dan kanser .
- membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah .
- membantu mengharmonikan fungsi hati , melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol .
- membantu mengharmonikan pergerakan usus dan melancarkan proses pencernaan makanan .
- membantu merawat masalah kerongkong , kahak dan batuk berpanjangan .
- membantu kulit dari kesan kepanasan cahaya matahari ( kulit awet muda ) .
- membantu mengimbangi kadar asid - alkali dalam tubuh selain mengeluarkan lebihan garam .
- membantu metabolisma berjalan lebih lancar dengan membakar kalori secara lebih cepat .
- membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih sempurna seterusnya dapat menguatkan tulang dn gigi .
- membantu merawat masalah rahim ( cuka cair boleh digunakan untuk menyiram vagina bagi memelihara kesihatan vagina dan keharmonian flora [ bakteria ] vagina ) .
- membantu menguatkan mata dan telinga .
- membantu merawat gastrik . Gastrik ( gastritis ) secara umum diketahui berlaku disebabkan kandungan asid yang berlebihan dalam perut tetapi ada juga pakar bependapat bahawa gastritis dan asid refluks adalah berpunca daripada kekurangan asid .
- membantu merawat masalah hempedu dengan cara melarutkan batu hempedu yang terbentuk daripada kolesterol .
- mampu mencegah keracunan berpuca dari pengambilan pelbagai jenis ubat .
- mampu menambahkan kuantiti susu ibu .
- mampu melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut ( gangguan haid ) .
- mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan haba dalam tubuh .
Sifat Khal ( cuka )
Sifat - sifat cuka ini banyak memberi manfaat apabila berada dalam tubuh badan kita . Ianya membantu melancarkan lagi sistem dalam badan supaya dapat beroperasi dengan lebih baik .
1. Antibakteria
Asid organik cuka buah - buahan terutama asid asetik dikatakan masuk ke dalam sel melalui membran plasma dan membunuh bakteria di dalam sel . Makanan diperam dengan cuka , memiliki asid organik bersifat antibakteria seperti asid laktik , askorbik , malik , sitrik , propionik , succinic dan tartarik .
2. Antioksidan yang berkuasa
Radikal bebas merupakan bahan utama yang menyebabkan stres oksidatif dalam tubuh . Jadi bahan antioksidan dalam cuka buah - buahan mampu menyekat serangan radikal bebas dengan menderma elektron .
3. Anti - hiperglisemik ( menurunkan paras gula darah )
Cuka dipercayai menghalang penghadaman karbohidrat kompleks secara penuh ( hanya sebahagian karbohidrat kompleks diubah kepada gula ringkas ) . Pengambilan cuka juga dapat *mengawal paras gula darah diabetes .
Cara Makan Cuka
- campurkan satu sudu madu bersama satu sudu cuka . Minum sebelum masuk tidur dan selepas bangun tidur sebelum anda menjamah sebarang makanan .
- campurkan ke dalam masakan sebelum anda makan .
Testimoni Pengamalan Memakan Cuka
* pengalaman seorang penghidap kencing manis kronik seawal usia remaja dikongsikan di radio THR Gegar memberitahu bahawa beliau mengamalkan minum cuka sebelum tidur dan sebelum sarapan . Alhamdulillah , kencing manisnya sudah mula berkurangan .
Rugi jika anda tidak sukakan cuka kerana cuka dipercayai boleh membantu tubuh menyerap nutrien dengan lebih cekap . Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;
" Sebaik - baik ( bahan ) yang dicampurkan dalam hidangan adalah cuka . "( Riwayat Muslim )
Cuka yang berkeladak adalah cuka yang terbaik .
~ Sumber Informasi ~
saya pun mengamalkan minum cuka nie..
ReplyDeleteZumal pernah minum cuka kurma dan epal nie ^_^
ReplyDeletecuka biasa untuk dicampur dalam masakan ..dan tak pasti pulak boleh dicampur dalam minuman untuk diminum..
ReplyDeletesaya minum cuka sesudu yang di tambah dengan madu bersama segelas air suam
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi cuka ni...
ReplyDeleteMmg bagus mengamalkannya kan.. tak perlu belanja banyak utk supliment2 yg mahal2..
ReplyDeletesuka letak dalam masakan tomyam & maggi ayam :)
ReplyDeletemn nk dpt kn cuka mcm pic ni ya?
ReplyDeleteNurul tak pernah lagi beli dan cuba yang ini, tapi Nurul amik Jus Delima dari gulsan tu..
ReplyDeletecuka yang ada kat kedai, tak sama ke dengan cuka yang vee bagi contoh ni?
ReplyDeletetq for sharing the info sis :)
ReplyDeleteSama2 kita dapatkan satu botol utk rumah kita..nice sharing sis vee
ReplyDeleteMmg jarang sangatlah makan cuka kat rumah okje ni....cuka sayur adalah ....itu pun tak guna, beli dah lama....
ReplyDelete