ASSALAMUALAIKUM ...
Dengan lafaz Bismillah . Satu ketika dahulu dalam program Tanyalah Ustaz , ada menjelaskan perihal kenapa Rasulullah tidak membenarkan umatnya kencing berdiri . Dalam bab ini , kaum lelaki adalah satu- satunya yang gemar kencing berdiri dan sangat sukar untuk menurut apa yang Rasulullah larang . Mungkin kerana lebih mudah atau sudah biasa dari kecil melakukannya tanpa larangan . Ada sebab kenapa Islam tak benarkan orang lelaki kencing berdiri . Lelaki , tahukah anda akan tersiksa kerana kencing berdiri ?
Terseksa Kerana Kencing Berdiri
Bagi umat Islam , sesiapa yang kencing berdiri akan tersiksa di dalam kubur . Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ;
" Hati - hatilah dalam membuang air kecil ( air seni ) kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati - hati dalam membuangnya . "
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata : Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:
Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.
Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering.
(Shahih Muslim No.439)
Kencing Berdiri Solat Tidak Sah
Sesungguhnya Allah s.w.t. melaknat orang yang kencing berdiri . Kencing berdiri ni akan menyebabkan air kencing itu memancut dan mencurah ke mana - mana termasuklah kaki seluar dan juga kasut yang dipakai . Bila perkara itu berlaku maka seluar itu sudah jadi najis dan tidak boleh digunakan untuk melakukan solat .
Sekiranya seseorang lelaki itu kencing berdiri , kemudian dia melakukan solat , maka ketika ruku' dan sujud kebanyakannya akan berlaku sesuatu yang keluar dari kemaluannya . Itulah sisa kencing yang tidak habis tadi . Maka solat lelaki tersebut tidak sah sebab ada najis pada pakaiannya .

( Hadis riwayat at - Thabrani dan Al - Hakim )
Kencing Berdiri Dari Sudut Kesihatan
Dari sudut kesihatan , kencing berdiri adalah penyebab utama menyebabkan penyakit batu karang .
Kajian menunjukkan bahawa kencing berdiri , akan meninggalkan sisa - sisa air kencing dalam kantong dan buah zakar akan menghasilkan endapan demi endapan . Endapan ini akhirnya mengeras dan menjadi batu karang . Tetapi ramai kaum lelaki yang tidak endahkannya kerana penyakit ini tidak akan menyerang secara cepat atau automatik .
Kencing berdiri juga dapat melemahkan syahwat kaum lelaki . Apabila seseorang lelaki itu kencing sambil berdiri , maka ada sisa - sisa air kencing di dalam pundi yang masih tinggal . Sisa - sisa ini akan menyebabkan kelenjar otot - otot dan urat halus sekitar zakar akan menjadi kendur . Keadaan akan jadi berbeza bila kencing mencangkung kerana keadaan bertinggung , tulang peha kiri dan kanan akan meregangkan himpitan buah zakar . Dengan itu , mudahlah air kencing itu keluar hingga habis dan memudahkan menekan pangkal buah zakar sambil berdehem . Itulah sebabnya kenapa Rasulullah menyuruh kita berdehem 3 kali ketika kencing .

Kencing Berdiri Gaya Nasrani
Kencing berdiri sebenarnya adalah gaya Nasrani . Orang Islam kenalah ikut cara Islam barulah kita dapat pahala . Sesungguhnya , apa sahaja yang dilarang dalam Islam itu ada sebabnya . Panduan hidup Islam adalah yang terbaik dan lengkap .
Banyak info yg berguna kat sini..terbaik la Sis Vee...moga2 dpt jd panduan
ReplyDeleteYa Allah..
ReplyDeleteNak kena latih anak Annur kencing duduk dari sekarang ni..
baru setahun lebih,..tapi kan melentur buluh biar dari rebung nya kan
Love,
Annur
Terima kasih atas perkongsian Vee...
ReplyDeleteTQ sharing sis..ini kalau org lelaki dengar, kompom tak nak kencing berdiri dah... berat siksaan nya kan...
ReplyDeletethanks for sharing...ilmu yang bermanfaat
ReplyDeletePeringatan yg baik. T kasih atas perkongsian ini Vee..
ReplyDeleteburung biru menari2..
Memang boleh bersepah terpercik sana sini tu hihi.....dah percikannya kita tak nampak, takut najis pulakkan Vee, ohhh indahnya Islam...
ReplyDeletesaya pernah dengar kat tv9 aritu..dalam program semanis kurma..tajuk tetamu terakhir..ade ustaaz sebut pasal ni.
ReplyDeletemungkin mereka yang melakukan tak sedar tenatng kesalahan ni
ReplyDeleteapapun terima kasih untuk perkongsian ni
Panduan yang sangat bagus, terima kasih
ReplyDelete