Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Sama ada kita semua sedar ataupun tidak , kemungkinan besar pelaksanaan cukai GST sudah bermula . Pernahkah anda terfikir untuk semak resit sebelum bayar ketika makan atau semak resit selepas membuat pembayaran ? CM juga tak terfikir nak semak resit ketika membeli belah hujung minggu lepas . Al maklumlah , cukai GST hanya akan dilaksanakan pada April 2015 . Tetapi bagaimana reaksia anda sekiranya perkara ini berlaku ;
Caj Tambahan Cukai GST ?
Seorang pelanggan telah menumbuk seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu kerana teramat marah setelah mendapati yang beliau dikenakan caj tambahan cukai GST 6% ke atas makanan yang dibayarnya . Pengurus kedai makan itu memberitahu bahawa majikannya menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada perlaksanaan GST .
“ Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu, Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan. "
Harga Sudah Naik
Sama ada penjelasan pengurus kedai itu benar atau pun tidak , kenaikan harga sejak kebelakangan ini memang banyak berlaku . Bulan lepas CM memperbaharui lesen memandu . Apa yang mengejutkan CM adalah fee yang dikenakan sudah meningkat dari RM 32 tahun lepas kepada RM 62 sekarang ini . Satu kali ganda jumlahnya !
Justeru itu selepas ini , kena perhatikan resit - resit pembelian anda . Jika dapat resit sebelum membayar , belek dulu resit tu ada ke tidak caj tambahan 6 % . Kalau dah berjanji mahu laksanakan pada April 2015 , maka perlulah tunaikan pada pada tarikh tersebut . Sekurang-kurangnya rakyat dah bersedia pada ketika itu . Bayangkan kalau anda ada merancang majlis perkahwinan atau ada plan tertentu sehingga hujung tahun ini , bukankah berita ini akan memberi kesan pada rancangan anda ? Kesimpulannya , bersedialah !
Disediakan oleh ;
beli buku cas juga ke sis aduh..sabar sahajalah...
ReplyDeleteye ke..bukan thun depan ke..aduh
ReplyDeletedah kena masa makan kat secret recipe..
ReplyDeletesekali datang bil kena rm 80.
tax punya pasal.
campur sekali ngan tip.
Musykil gak dengan situasi nie…
ReplyDeletexperasan pula sebab xpernah belek resip belian pun..lepas ni kena la tengok betul2..
ReplyDeletesetuju dgn nick nashram!
ReplyDeleteada terbaca diakhbar
ReplyDeletekadang ada pihak sengaja mahu mengambil kesempatan
Really..Hmmm..siapalah punya arahan tu...takkan cukai pun nak buat rehearsal kot..Tapi betul juga. Kena semak resit-rest yang kita beli...
ReplyDeleteHuhuhu sabor jer laaa..semua dah naik ..gst bagai huhunu
ReplyDeleteOhhh ye ke vee.....tak perasanlah pulak okje.....okje ni jarang betul tgk resit....tp cukai Goverment tax mmg ada selalunya
ReplyDelete