Apa itu Pelaburan Amanah Saham ?


Apa itu Pelaburan Amanah Saham ? | Amanah saham adalah satu skim pelaburan berkelompok di mana semua wang yang pelabur beri untuk dilaburkan oleh syarikat pengurusan dana mengikut strategi pelaburan yang sama . Lazimnya , pelaburan dibuat dalam pasaran saham , pasaran wang , bon dan sukuk ( istilah bahasa Arab untuk bon yang patuh syariah ) . 


Apa itu Pelaburan Amanah Saham ?


Saham pula sudah pasti ada turun dan naik harganya mengikut pergerakan minat pembeli dan penjual saham berdasarkan maklumat kewangan yang mereka dapati mahupun khabar angin tentang saham syarikat yang didagangkan . Jika harga saham ada turun naik , secara logiknya harga amanah saham juga seharusnya ada turun naiknya . 

Apa itu Pelaburan Amanah Saham ?


Setiap skim amanah saham di Malaysia memerlukan kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti . Semua syarikat pengeluar amanah saham mestilah berlesen dan sentiasa dipantau oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti selaku badan penguatkuasa di bawah Kementerian kewangan . 

Sebelum mana-mana amanah saham dijual , satu prospektus yang mengandungi semua maklumat tentang amanah saham yang bakal dipromosikan harus dimuatkan . Strategi pelaburan , siapakah pengurus dana dan apakah kelayakan dan pengalaman mereka diperjelaskan dalam prospektus . Cara mengendalikan transaksi jual beli dan pengagihan dividen , sekiranya ada , juga dimuatkan dalam dokumen pentig ini .

Boleh Dimiliki Orang Ramai


Amanah saham merupakan instrumen pelaburan yang boleh dimiliki oleh orang ramai sebab pelaburan permulaannya rendah , biasanya RM1000 sahaja . Dengan wang sebanyak itu , kita dapat menikmati ' portfolio pelaburan ' atau rangkaian saham-saham terpilih disertai dengan pelaburan dalam pasaran wang , bon atau sukuk .

Amanah saham biasanya mempunyai 30 hingga 50 pilihan saham-saham dalam portfolio mereka . Jika harga saham-saham yang pengurus dana professional membeli ini meningkat harganya , maka terjadilah situasi ' keuntungan tidak direalisasikan ' dalam amanah saham tersebut . 

Syarikat pengurusan amanah saham boleh memilih untuk ' mengeluarkan' keuntungan yang tidak direalisasikan ini dalam bentuk dividen kepada semua pelabur . Harga amanah saham akan meningkat sekiranya nilai saham dalam portfolio meningkat .

Sekiranya amanah saham ini diuruskan mengikut syariah , ia juga dimuatkan dalam prospektus . Cara transaksi amanah saham juga amat mudah tetapi tidak secepat mengambil wang daripada akaun di bank . Tahap kecairan yang tidak setinggi wang di bank membuat ia lebih sesuai sebagai wadah pelaburan jangka masa panjang . Harga ia didagangkan juga adalah telus dan diselaraskan bukan seperti harga emas yang berbeza mengikut ketulenan dan pengeluar .

Yuran jualan juga adalah ditentukan ke tahap maksimum . Pandai-pandailah pelabur meminta 'diskaun' daripada wakil jualan atau konsultan . Yuran tahunan juga dikenakan dan ini juga tertera dalam prospektus tetapi ia diambil dalam danan yang diuruskan . Pelabur tidak perlu keluarkan wang lagi untuk membayar yuran tahunan . Tidak ada sebarang yuran dikenakan ke atas jualan balik pelaburan .

Firman Allah dari ayat 32 surah az-Zukhruf yang bermaksud :

" ( Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan ? ) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan ( perkara-perkara kerohanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar ) rahmat Tuhanmu ( wahai Muhammad , seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja ? Mereka tidak ingkarkan ) : Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini , ( sesetengahnya Kami jadikan kaya raya dan sesetengahnya miskin menderita ) ; dan juga Kami telah menjadikan darjat sesetengah mereka tertinggi dari darjat sesetengahnya yang lain ; ( semuanya itu ) supaya sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya daripada ( bantuan ) sesetengahnya yang lain . Dan lagi rahmat Tuhanmu ( yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat ) adalah lebih baik daripada kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan . "



0 Response to "Apa itu Pelaburan Amanah Saham ?"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...