Assalamualaikum ...
Rombongan Terakhir Masuk Syurga | Bismillah . Daripada Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda ; lalu Allah berfirman yang bermaksud ;
" Sesungguhnya aku benar - benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terakhir masuk ke dalam syurga . Iaitu seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak ,
lalu Allah berfirman yang bermaksud ;
' Pergilah , lalu masuklah ke dalam syurga . ' Dia pun sampai di gerbang syurga . Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh , maka ia kembali seraya berkata ;
' Wahai Tuhanku , aku mendapati syurga telah penuh . ' Pergilah , lalu masuklah ke dalam syurga . ' Dia pun sampai di depan gerbang syurga . Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh , maka dia kembali seraya mengatakan ;
' Wahai Tuhanku , aku mendapati syurga telah penuh . ' Allah berfirman ; ' Pergilah lalu masuklah ke dalam syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda atau kamu mendapat seumpama 10 kali dunia . '
Dia bertanya ;
' Engkau mengejekku atau mentertawakanku , sedangkan Engkau ialah Raja . ' "
Abdullah melanjutkan ;
" Aku melihat Rasulullah SAW tertawa sehingga tampak gigi - gigi gerahamnya . Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya . " ( Riwayat al - Bukhari dan Muslim )
0 Response to "Rombongan Terakhir Masuk Syurga "
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...