Sunat Haiah Dan Sunat Ab'adh Dalam Solat



Sunat Haiah Dan Sunat Ab'adh Dalam Solat | Solat atau sembahyang merupakan satu sendi atau tiang agama . Sesuai dengan kedudukannya sebagai teras ibadah , ia bermula dengan amalan berwuduk , diikuti pula oleh jenis-jenis solat sama ada wajib ataupun sunat , solat berjemaah , solat Jumaat dan segala hal yang berkaitan dengannya .


Sunat Haiah Dan Sunat Ab'adh Dalam Solat

Sunat Haiah Dan Sunat Ab'adh Dalam Solat


Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua iaitu sunat haiah dan sunat ab'adh .

Sunat Haiah


Sunat Haiah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa sebaliknya kalau sunat ab'adh ditinggalkan , maka disunatkan sujud sahwi .

Sunat haiah mengandungi 14 perkara iaitu

1- Mengangkat Tangan

  • Ketika takbiratulihram , mengangkat tangan hendaklah dengan kedua-dua tapak tangan menghadap kiblat dan kedua-dua ibu jarinya sampai dekat bawah cuping telinga dan bersempadan dengan bahu .
  • Mengangkat tangan ketika rukuk sebagaimana takbiratulihram .
  • mengangkat tangan ketika iktidal sebagaimana takbiratulihram .
  • Mengangkat tangan ketika bangun pada rakaat ketiga ( selepas tahiyatul awal ) sebagaimana takbiratulihram .

2- Meletakkan Perut Tapak Tangan Di Atas Tangan Kiri Dan Memegangnya Dan Meletakkannya Di Bawah Dada Atau Di Atas Pusat .


Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana ke sini . "

3- Membaca Doa Tawajuh / Iftitah


4- Memaca A'uzubillah ( Taawuz )


 " Syaitan ialah lambang bagi tiap-tiap orang yang degil dan keras kepala . "

5- Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah


Sunat membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang dtentukan iaitu pada dua rakaat yang pertama di solat Maghrib , Isyak dan Subuh , solat Jumaat , solat dua hari raya , solat gerhana , solat minta hujan , solat Tarawih , solat Witir dan solat untuk mengerjakan tawaf ( kalau dikerjakan pada waktu malam dan subuh ) .

Disunatkan pula membaca al-Fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat lain selain daripada yang disebutkan .


6- Membaca " Amin " Selepas al-Fatihah


Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca "Amin" yang bermaksud , " perkenankanlah " .

7- Membaca Surah Al-Quran


Disunatkan membaca surah al-Quran walaupun pendek , selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan .

8- MembacaTakbir Ketika Rukuk


9- Membaca Tasbih Ketika Rukuk


10- Membaca Tasbih Ketika Sujud


11- Meletakkan Kedua-dua Tangan Di Atas Peha Dengan Melepaskan Kesemua Jari-jari


Ertinya , digenggam semasa duduk antara dua sujud . Tetapi semasa duduk tahiyat awal dn tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digengam dan melepaskan telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa mengucap perkataan " la ilaha illAllah " .

12- Duduk Iftirasy


Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal , duduk antara dua sujud dan juga duduk istirehat ( semasa hendak terus bangun daripada sujud pada rakaat rakaat pertama atau ketiga ) .

13- Duduk Tawaruk


Iaitu duduk tahiyat akhir ( duduk tawaruk ini ialah seperti iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuh punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki kanan dengan jari dihadapn ke kiblat ) .


Sunat Ab'adh


Sunat An'adh ialah sunat yang dikuatkan , yang andainya terlupa mengerjakannya maka disunatkan sujud sahwi .

Sunat Ab'adh mengandungi tujuh perkara iaitu :

1- Tahiyat Awal ( pertama )

2- Selawat dalam tahiyat awal .

3- Duduk tahiyat / tasyahud .

4- Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan .

5- Selawat semasa berqunut

6- Selawat ke atas keluarga Nabi pada masa tahiyat akhir .


Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat ( ms 95-99 )



1 Response to "Sunat Haiah Dan Sunat Ab'adh Dalam Solat"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...