Makanan Yang Busuk Tapi Sedap Dimakan


Makanan Yang Busuk Tapi Sedap Dimakan | Saja nak bersantai hari ini . Sudah beberapa hari dapat idea ini . Manusia ini ada perangai yang pelik . Makanan yang berbau busuk menusuk hidung tetapi mereka merasakan sedap bila dimakan . 

Antara makanan berbau busuk tapi sedap dimakan yang saya dapat kongsikan di sini :


Makanan Yang Busuk Tapi Sedap Dimakan


Tauhu Busuk ( Cina ) .



  • Sejenis makanan kaum Tionghua yang diperbuat daripada tauhu 
  • difrementasikan atau melalui proses penapaian sehingga berbau busuk
  • disajikan menggunakan cara kukus , goreng , rebus atau dipanggang
  • selepas dimasak , bau busuk itu hilang dan rasanya sedap .

Makanan Yang Busuk Tapi Sedap Dimakan

Kimchi ( Korea )


  • kobis cina yang diperap dengan bahan campuran juga perasa 
  • melelui proses penapaian bila disimpan lama
  • boleh juga dimakan selepas proses pembuatan selesai
  • dijadikan campuran di dalam pelagai masakan seperti stew dan nasi goreng .



Makanan Yang Busuk Tapi Sedap Dimakan


Ikan Pekasam ( Malaysia )



  • Ikan yang telah dicuci bersih bersama garam juga limau
  • diperap bersama beras goreng untuk beberapa hari
  • boleh digoreng begitu saja juga bersama bahan campuran 
  • sangat sedap dimakan bersama nasi panas .



Sebenarnya banyak lagi makanan busuk tapi sedap di dunia ini termasuklah keju . Saya percaya , setiap negara atau bangsa ada sajian yang berbau busuk tapi menyelerakan tekak . 


Zaman dahulu tidak ada peti sejuk untuk menyimpan stok makanan . Maka oleh sebab itu mereka perlu mempelbagaikan sumber makanan yang ada supaya boleh tahan lama .


Kebanyakan daripada makanan ini dicipta atau dihasilkan oleh petani , nelayan juga pengusaha makanan supaya boleh dimakan ketika musim sejuk atau tiada bekalan makanan .


Walaupun banyak makanan yang memiliki bau lebih selesa dihidung dan sedap dimakan , tapi dek kerana keinginan manusia yang tiada terhad serta kreativiti manusia menghasilkan makanan maka wujudlah makanan yang busuk tapi sedap dimakan .


0 Response to "Makanan Yang Busuk Tapi Sedap Dimakan"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...