Tazkirah : Cara Mudah Menjaga Hati | Hati merupakan seketul daging yang ada di dalam tubuh manusia . Bagaimana warna hati itu sama ada menjadi putih atau hitam adalah mengikut acuan tuan punya hati itu sendiri .
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Ketahulah bahawa dalam jasad manuia ada seketul daging ( segumpal darah ) , jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota , itulah hati . "( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Hadis di atas menjelaskan bahawa diri manusia itu terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual . Spiritual ini termasuklan akal , nafsu , perasaan dan yang paling utama ialah hati . Ini kerana tindakan , perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati .
Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan . Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar . Jika tidak , hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki , tamak , pemarah , riak dan sebagainya .
Oleh itu , untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir , bertasbih dan bertahmid kepada ALlah s.w.t.
0 Response to "Tazkirah : Cara Mudah Menjaga Hati"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...