Sebab Kenapa Manusia Tidak Boleh Tinggal Di Angkasa


Sebab Kenapa Manusia Tidak Boleh Tinggal Di Angkasa | Idea mengenai suatu hari nanti manusia biasa selain angkasawan terlatih . tinggal dan bekerja di angkasa telah menjadi satu kisah sains fiksyen sejak dahulu lagi . Kini , idea tersebut bukan sahaja menarik minta saintis angkasa profesional malah juga jurutera serta saintis dari bidang lain .

Sebab Kenapa Manusia Tidak Boleh Tinggal Di Angkasa

Sebuah kapal angkasa yang boleh membawa manusia sihat ke angkasa merupakan langkah pertama mengubah mimpi kepada realiti . Stesen Angkasa Antarabangsa ( ISS ) akan menyediakan kemudahan kekal dalam orbit bagi membantu kajian saintifik dan teknikal secara beretrusan . Ia akan beroperasi dengan krew yang datang secara bergilir-gilir dari bumi termasuk merekayang bukan angkasawan .

Bagi menjelajah dan bekerja di angkasa , manusia perlu ' membawa ' alam sekitar mereka bersama-sama kerana di angkasa tidak terdapat tekanan atmosfera dan oksigen bagi meneruskan kegidupan . Di dalam kapal angkasa , atmosfera boleh dikawal . Oleh itu pakaian khas tidak diperlukan tetapi apabila berada di luar , manusia memerlukan perlindungan spacesuit ( pakaian angkasa ) .

Atmosfera bumi mengandungi 20 peratus oksigen dan 80 peratus nitrogen daripada aras laut sehingga kira-kira 75 batu tinggi ( 120.7 kilometer ) di mana bermulanya angkasa .

Pada ketinggian 18,000 kaki ( 5,486.4 meter ) , atmosfera adalah separuh ketumpatan berbanding di aras laut dan pada altitud 40,000 kaki ( 12,192 meter , udara sangat nipis dan kandungan oksigen amat kecil hinggakan topeng oksigen tidak lagi membantu .

Apabila melebihi ketinggian 63,000 kaki ( 19,202.4 meter ) manusia perlu memakai spacesuit yang dapat membekalkan oksigen bagi pernafasan serta mengekalkan tekanan di sekeliling badan bagi memastikan cecair badan kekal dalam keadaannya .

Pada altitud tadi , jumlah tekanan udara tidak lagi dapat mengekalkan cecair badan daripada mendidih . 

Spacesuit biasanya direka bagi melindungi angkasawan daripada kecederaan yang boleh membawa maut . Ia juga dapat melindungi pemakainya daripada suhu tinggi melampau di angkasa serta menapis cahaya matahari . Angkasawan memerlukan lebih daripada satu pakaian bagi pelepasan dan apa yang dipakai bergantung kepada apa yang dilakukan .

Sanitasi dalam kapal angkasa , stesen angkasa merupakan satu perkara yang perlu diberikan penekanan yang lebih berbanding di bumi . 

Kajian menunjukkan populasi mikrob boleh meningkat secara luar biasa dalam microgarviti dan ruang yang tidak terkawal . Ini bermakna banyak penyakit berjangkit boleh tersebar dengan mudah kepada mereka yang berada dalam kapal angkasa yang sama  .

Semua peralatan makanan , kawasan makan , tandas dan peralatan tidur perlu dibersihkan selalu bagi menghalang pertumbuhan mikro organisma .

Disebabkan tiada mesin basuh , seluar ( ditukar seminggu sekali ) , stokin , baju dan pakaian dalam ( ditukar dua hari sekali ) perlu diletakkan dalam beg plastik kedap udara .

Perkara yang menjadi persoalan menarik adalah bagaimana bentuk tandas yang digunakan dan bagaimana mereka menguruskannya ? Angkasawan menggunakan tandas yang lebih kurang sama dengan di bumi .  

Aliran udara bergerak melalui tandas semasa digunakan , membawa bahan buangan ke ruang khas atau beg plastik yang kedap udara bagi mengeringkannya sebelum ditutup . Bahan buangan ini akan dibawa balik ke bumi sebagai bahan ujikaji bagi membantu doktor memahami bagaimana badan berfungsi dalam keadaan mikrograviti .

Bagi kapal angkasa lepas Skylab , mandi tidak mendatangkan masalah kerana terdapat bilik mandi tertutup . Tetapi bagi angkasawan dalam Shuttle , mereka hanya boleh menggunakan sepan mandi untuk membersihkan badan . 

Titisan air yang terapung boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan elektrik yang biasanya akan dikumpulkan di dalam tangki pengumpulan . 

Bercukur juga boleh mendatangkan masalah kerana ketiadaan graviti dan boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan . Angkasawan lelaki boleh menghindari masalah berkenaan dengan menggunakan krim bercukur konvensional , pencukur keselamatan dan membersihkan muka dengan tuala pakai buang .

Sama seperti di bumi , angkasawan juga memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi bagi mengekalkan kesihatan semasa bertugas diangkasa . Angkasawan mengadakan program latihan secara saintifik seperti yang berkaitan dengan penggunaan otot dalam persekitaran yang tiada berat .

Terdapat pelbagai kemudahan untuk tidur di dalam Shuttle bergantung kepada keperluan sesuatu misi sama ada kerusi , beg tidur atau di dinding kapal angkasa .

Makanan yang dimakan oleh angkasawan pertama adalah mengikut selera dan kemudahan masing-masing . Kebanyakan makanan dalam bentuk serbuk kering beku dan separuh cecair dalam tiub aliminium yang tidak menyelerakan . Tetapi kemudain , menu makanan di angkasa semakin bertambah dan angkasawan boleh menikmati pelbagai jenis makanan seperti ayam , udang , puding , sos epal dan sayuran .

Untuk memudahkan angkasawan makan , dulang digunakan bagi meletakkan makanan yang berfungsi sebagai pinggan . Angkasawan juga dibekalkan dengan sudu , garfu dan pisau serta gunting bagi membuka paket makanan . Persiapan makanan pula mengambil masa lebih 20 hingga 30 minit daripada biasa termasuk masa memanas .

Kebanyakan masalah yang didapati daripada tinggal dan bekerja di angkasaboleh diselesaikan . Bagaimanapun , kesan psikologi berat sifar masih tidak difahami dan diantaranya adalah beberapa jenis mineral daripada tulang , atropi otot semasa tiada latihan dan sindrom adaptasi angkasa ( kesakitan berkaitan dengan pergerakan yang hanya ditemui di angkasa ) .

Semua kesan diangkasa akan hilang apabila angkasawan mendarat di bumi manakala ada angkasawan boleh menyesuaikan diri semasa di angkasa seperti diet dan senaman .




3 Responses to "Sebab Kenapa Manusia Tidak Boleh Tinggal Di Angkasa"

  1. Bagaimana agaknya kalau diri sendiri dpt merasai pengalaman di angkasa ye...

    ReplyDelete
  2. leceh kan... duduk je la kat bumi ni :-))

    ReplyDelete
  3. nampaknya tinggal dibumi lebih selesa, dalam kapal tu macam rimas je...hehehe akak sebenarnya takut pada tempat sempit dan terkepung macam tu..huhuhu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...