Memperolehi Kebahagiaan Menurut Islam


Assalamualaikum ...

Memperolehi Kebahagiaan Menurut Islam | Bismillah . Sesiapa pun mahukan kebahagiaan . Adakalanya mudah dan ada kalanya susah untuk mencari dan membina bahagia . Tetapi , ada cara yang mudah menurut Islam .

http://veesandy.blogspot.com//2014/04/demi-kebahagiaan-itu.html


Memperolehi Kebahagiaan Menurut Islam

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan demi mancari kebahagiaan dalam kehidupan .


Jangan Ada Benci


Demi bahagia itu , jangan sesekali kita membenci . Layakkah kita untuk membenci sesama manusia ? Siapakah kita hendak membenci sedangkan kita juga tak lepas dari melakukan kesalahan ? Biarlah dia , walaupun banyak kesalahan yang dilakukan serta sangat sukar diterima malah dimaafkan !

Atasi Kerungsingan Dengan Zikir Dan Doa


Apa jua yang kita lalui dan tempuhi , jangan biarkan ia mempengaruhi hidup kita yang bahagia . Jangan sesekali biarkan ia mempengaruhi fikiran . Jauhi kerunsingan itu dengan doa . Ya , doa ! Perbanyakkanlah berdoa juga berzikir kerana zikir itu merawat hati dan jiwa .

Bersederhana Dalam Kehidupan 


Harta yang melimpah takkan bisa membuatmu bahagia andai tidur malammu sering terganggu . Maka bersederhanalah walaupun kamu punya martabat yang lebih tinggi dari mereka kerana kamu tetap manusia biasa dimata Allah .

Bersangka Baik Dengan Allah 


Selagi kita hidup dan melalui kehidupan , maka ujian tetap bisa hadir . Namun begitu ,jangan sesekali putus asa dan mengharap kerana ujian itu tandanya DIA menyanyangi kita . Jangan sesekali kau salahkan DIA atas kesusuahan hidupmu juga . Ingatlah ! DIA sedang menguji imanmu , ketabahanmu serta redhamu . Sudah pasti ada hikmah dan pengajarannya . Makanya , bersangka baiklah dengan DIA .

Memberi Tanpa Meminta 


Berilah kepada yang memerlukan selagi kamu mampu . Lebihan harta yang kamu ada , adalah untuk dibelanjakan dan dikongsi . Kerana lebihan itu milik mereka ! Insha Allah , kerana redha dan ikhlasnya kamu , maka Allah akan kembalikan apa yang kamu belanjakan malah mungkin berlipat ganda . Tapi jangan sekali - kali kamu meminta kerana meminta - minta itu tidak membezakan kamu dengan pengemis !

Doa Tanpa Diketahui 


Doakanlah mereka , saudara Islammu ke arah kebaikan . Walaupun mungkin mereka itu pernah menyakiti kamu . Sesungguhnya doa yang tidak diketahui itu besar ganjarannya .

Senyum Seikhlas Mungkin 


Berikanlah senyuman yang paling manis dan mesra buat semua . Senyuman itu bisa membawa bahagia pada yang melihatnya . Senyumlah ! Semoga senyummu itu membawa sinar pada mereka yang sengsara meskipun kamu derita . Malah seyuman yang ikhlas bisa menjadi penawar kepada kerunsingan , kemarahan juga kelukaan . 

1 Response to "Memperolehi Kebahagiaan Menurut Islam"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...