Kelebihan Samsung Galaxy S7 Edge | Samsung telah melancarkan telefon pintarnya yang terbaru untuk pasaran tempatan . Telefon pintar itu adalah dari generasi Galaxy iaitu Samsung Galaxy S7 Edge . Ianya telah dilancarkan pada 17 Mac 2016 yang diura-urakan bahawa Kwang Soo , bintang Running Man akan merasmikannya .
Kelebihan Samsung Galaxy S7 Edge
Perbezaan Samsung Galaxy S7 Edge dengan telefon pintar lain ialah telefon pintar ini hadir dengan bahagian tepi melengkung . Selain itu , banyak lagi kelebihan Samsung Galaxy S7 Edge berbandaing keluaran tefefon pintar sebelumnya .
Masalah yang dihadapi telah telefon pintar Samsung sebelum ini seperti pengenalan ruangan mikro-SD untuk memperluaskan storan 32GB serta lainnya sudah diatasi . Selain itu , kamera , sensor kamera , skrin , cip dan perisian juga telah dinaiktarafkan .
Samsung Galaxy S7 Edge dijual di Malaysia dengan harga bermula dari RM 3099 dan sudah boleh didapati dipasaran .
Menurut laman DxoMark , takhta kamera peranti mudah alih kini dimiliki oleh Samsung Galaxy S7 Edge .
0 Response to "Kelebihan Samsung Galaxy S7 Edge"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...