Teknik Mudah Tingkatkan Unik Visit


Teknik Mudah Tingkatkan Unik Visit | Bila anda menulis blog dengan tujuan untuk mencari / menambah pendapatan , maka anda perlu pastikan unik visit blog anda sentiasa ada dan meningkat . Apabila unik visit blog meningkat , maka RM iklan ada juga akan meningkat .


Teknik Mudah Tingkatkan Unik Visit

Terdapat banyak jenis iklan yang boleh letakkan di blog anda seperti  niaga klik8share , Nuffnang ( iklan Malaysia bayar guna RM )H12 , AdsenseRevenuHits , Innity ,  Adnow , Gravy ( iklan luar bayar guna US Dollar ) dan sebagainya . Ada di antara iklan tersebut tidak meletakkan apa-apa syarat kecuali Adsense dan Innity yang sangat ketat peraturannya . 

Teknik Mudah Tingkatkan Unik Visit


Pun begitu , ramai antara anda yang berusaha untuk tingkatkan unik visit tetapi gagal juga untuk mencapai sasaran sehinggakn ada yang berputus asa untuk lalu membiarkan sahaja sama ada iklan di blog anda memberi pendapatan ataupun tidak .

Sebenarnya , ada teknik tertentu yang anda boleh digunakan untuk meningkatkan unik visit ke dalam blog anda . Antaranya 

1- Meletakkan Tajuk Yang Memikat Pembaca


Tajuk entry / artikel anda menggunakan perlulah membuat pembaca ingin mengetahui apa cerita selanjutnya .


2- Menulis Tentang Isu Semasa


Isu semasa yang sedang panas di media sosial sudah tentu ramai yang akan mencarinya . Selalunya berita tentang politik , jawatan kosong , nahas dan artis adalah yang menjadi pilihan . Tetapi anda perlu gunakan kelainan sama ada melalui tajuk mahupun gambar .

3- Menulis tentang artikel / rencana yang menjadi carian sepanjang zaman 


Artikel yang sering menjadi carian sepanjang zaman seperti artikel yang berbentuk keagamaan , penyakit dan lainnya .

4- Meletakkan kepsyen ( # )


Apabila anda mahu kongsikan artikel andadi twiter , facebook dan google plus , letakkan juga kapsyen yang berkaitan dengan tajuk .

5- Kongsikan Artikel Di Waktu Puncak


Anda perlu tahu bila masanya ramai orang akan melayari internet . Pada masa itulah anda kongsikan artikel anda kepada umum . 

6- Gunakan Gambar Yang Berkaitan


Adakalanya pembaca mencari berdasarkan imej . Maka gunakan imej yang sesuai supaya sasaran anda sampai .

7- Artikel Berkualiti


Tulislah artikel yang penuh dengan informasi serta bermaklumat .


Jika anda mahukan lebih unik visit / pendapatan melalui iklan , maka anda perlu bekerja lebih untuk mendapatkan hasilnya . Semoga Teknik Mudah Tingkatkan Unik Visit diatas dapat membantu anda dalam usaha untuk menambahkan pendapatan melalui penulisan blog .


1 Response to "Teknik Mudah Tingkatkan Unik Visit"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...