Tazkirah : Golongan Yang Rugi Dan Golongan Yang Untung


Assalamualaikum ...
Tazkirah : Golongan Yang Rugi Dan Golongan Yang Untung | Bismillah . Akhir zaman, ramai yang belajar ilmu agama tetapi ilmu agama itu tidak mampu menewaskan hawa nafsunya . Ramai juga yang menasihati orang lain tetapi diri sendiri melakukannya tanpa diketahui . 

Tazkirah : Golongan Yang Rugi Dan Golongan Yang Untung

Tazkirah : Golongan Yang Rugi Dan Golongan Yang Untung

Cuba kita lihat pada diri kita sendiri . Adakah kita tergolong di dalam golongan yang rugi atau golongan yang untung . Berikut adalah ciri-ciri golongan yang rugi dan golongan yang untung :

1. Siapakah Orang Yang Paling Sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2. Siapakah Orang Yang Manis Senyumnya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabb..! Aku reda dengan segala ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah Orang Yang Kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah Orang Yang Miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5. Siapakah Orang Yang Rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6. Siapakah Orang Yang Paling Cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8. Siapa Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Sempit Lagi Dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

9. Siapakah Orang Yang Mempunyai Akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Perlu diingat , nikmat yang manusia sering lupakan adalah nikmat " Sihat Dan Masa Lapang " .

Isilah ruang masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat. Kita fikir dan muhasabah balik. Takut kita lupa .
Masa lapang juga adalah ujian. Ujian samada kita bersyukur atau tidak dengan nikmat yang diberikan, jangan disia-siakan masa yang kita ada.


2 Responses to "Tazkirah : Golongan Yang Rugi Dan Golongan Yang Untung"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...