Manfaat Solat Tahajud Yang Perlu Anda Tahu


Kebaikan Solat Tahajud Yang Perlu Anda Tahu |  Cubalah solat TAHAJUD walaupun sekali dalam seminggu , nanti kita akan nampak perubahan dalam diri. Bahagia, tenang, tawakal yang tinggi, menyembuhkan sakit dan tanpa sedar bantuan Allah datang mencurah-curah merupakan antara 1001 rahsia terkandung dalam solat TAHAJUD. Yakinlah, ia berhasil bagi mereka yang sudah lakukan.

Manfaat Solat Tahajud Yang Perlu Anda Tahu

Manfaat Solat Tahajud Yang Perlu Anda Tahu


Berikut adalah 10 dari 1001 rahsia menunaikan solat Tahajud .

1- Penghapus Dosa Dan Mencegah Berbuat Dosa


" Lakukanlah Qiamullail , kerana itu kebiasan orang soleh sebelum kalian , bentuk taqarub , penghapus dosa dan penghalang berbuat salah . "
( Hadis Riwayat Tarmidzi )

2- Tanda Taqwanya Terlihat Di Muka


Ulama kharismatik kota Basrah Al Hassan Al Basri pernah ditanya orang :

" Kenapa orang-orang yang membiasakan diri solat Tahajud di malam hari mukanya nampak cerah , berseri-seri dan berwibawa ? "

Beliau menjawab :

" Kerana mereka selalu bercengkarama dengan Tuhan Yang Maha Penyayang di kegelapan malam , maka Dia pun memberikan kepada mereka cahaya dari cahaya-Nya . "

3- Melancarkan Aliran Darah Pada Tubuh


Solat Tahajud biasanya dilakukan pada pukul 3 pagi . Ketika itu udara di atmosfera masih sangat segar untuk dihirup oleh paru-paru . Tubuh kita pun menggerak-gerakkan seluruh otot yang membuat badan segar seketika dan seluruh aliran darah terasa lancar . Oksigen segar akan menghilang ketika matahari terbit dan kembali pada pagi berikutnya . Hanya orang-orang yang terbangun untuk melaksanakan solat Tahajudlah yang boleh merasakannya .

4- Membesarkan Rongga Paru-paru


Gerakan takbiratul ihram yang diikuti dengan bersedekap sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar . Kedaan itu diketahui mampu melancarkan aliran udara menuju paru-paru . Kerap kali akan merasakan paru-paru jauh lebih lancar daripada sebelumnya .

Perkara ini tidak boleh dinafikan sebagai salah satu cara bernafas yang sangat baik selain bersenam .

5- Diberi Jaminan Masuk Syurga


Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan bahawa siapa pun yang melakukan solat Tahajud , maka jaminan syurga baginya . Hal ini diriwayatkan dalam salah satu hadis sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

" Wahai manusia , sebarkanlah salam , beri makanlah , sambung tali kasih , solat malamlah saat orang  pada terlelap , maka masuklah syurga dengan selamat . "
( Hadis Riwayat Al-Hakim , Ibnu Majah , At-Tirmidzi )


6- Fikiran Jadi Lebih Segar


Selepas bangun tidur , anda akan dapat rasa fikiran anda lebih segar . Dalam satu hari jantung manusia bekerja lebih 100,000 kali dan bernafas sebanyak 20,000 kali . Setiap organ tersebut memerlukan waktu istirehat yang cukup .

Ini membuktikan tidur yang cukup seawal pukul 10 malam adalah perlu untuk bangun solat Tahajud pada pukul 3 pagi . Selepas anda menunaikan solat Tahajud , anda akan dapati fikiran anda lapang , seterusnya memudahkan anda untuk berfikir , mengingati dan membaca ayat-ayat al-Quran .


7- Memudahkan Hisab Di Akhirat


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Barang siapa mengerjakan solat Tahajud dengan sebaik-baiknya dan dengan tata tertib yang rapi , maka Allah s.w.t. akan memberikan 9 jenis kemuliaan : 5 jenis kemuliaan di dunia dan 5 jenis kemuliaan di akhirat . " 

4 jenis kemuliaan di akhirat adalah 
  • wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di hari Pambalasan nanti , 
  • mendapat keringanan bila dihisab 
  • mudah menyeberangi jambatan Shirotol Mustaqim
  • catatan amalannya biberikan di tangan kanan


8- Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh


Secara bio-teknologi , penemuan baru menyebutkan bahawa solat Tahajud mamapu meningkatkan daya ketahanan tubuh seseorang . Bagi penghidap kanser , kerap bangun malam untuk solat Tahajud dapat menghilangkan rasa nyeri yang kerap dialami .

Bidang perubatan juga mengakui bahawa bangun malam untuk melakukan solat tahajud dapat meningkatkan kesan positif yang sangat efektif dalam anastesi pra bedah .

9- Solat Yang Paling Afdal Selepas Solat 5 Waktu


Tidak ada tempat berkongsi ataupun mengadu yang lebih baik selain kepada Allah s.w.t. Solat Tahajud menjadi salah satu ibadah yang paling afdal setelah solat 5 waktu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;

" Seutama-utama solat selepas solat fardu adalah solat sunnah di waktu malam . "
( Hadis Riwayat Muslim )





1 Response to "Manfaat Solat Tahajud Yang Perlu Anda Tahu"

  1. belum lagi dapat jadikan ruti yang istiqomah.. masih berusaha..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...