Kelebihan Azan Solat Subuh


ASSALAMUALAIKUM ...

Kelebihan Azan Solat Subuh | Kenapa azan solat subuh berlainan dengan solat lainnya ? " assolah tu hoirum minnan naum ... solat itu lebih baik daripada tidur .. " Manusia memang liat mahu bangun awal pagi apatah lagi sejuk udara itu buatkan kita sayang nak tinggalkan selimut .

Kelebihan Azan Solat Subuh

Kelebihan Azan Solat Subuh


Sebenarnya Allah SWT mahu kita mengambil kelebihan solat subuh . Ini dapat dijelaskan melalui kajian yang dilakukan .

Menurut kajian kesihatan , serangan jantung sebahagian besarnya terjadi diantara jam 6 am sehingga 12 tengahari . Pada waktu ini , berlaku perubahan pada sistem tubuh di mana terjadi kenaikan tegangangan saraf simpatis ( istilah cina : Yang ) dan penurunan ketegangan saraf  parasimpatis ( istilah cina : Yin ) .


Pada ketika tegangan saraf parasimpatis meningkat , maka berlakulah penurunan tekanan darah , tekanan jantung yang lemah dan ritmanya perlahan . Maka berlaku peningkatan aliran darah ke perut untuk memproses makanan , dan aliran darah ke otak pula berkurangan yang menyebabkan kita mengantuk .



Bermula 3 pagi hinggalah siang hari , pada ketika ini tekanan darah beransur baik . Berlaku peningkatan andrenalin yang memberi kesan meningkatkan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah ( kesan vasokontriksi ) dan meningkatkan sifat agregasi trombosit ( sifat saling mendekati antara satu sama lain pada sel trombosit supaya darah membeku ) walaupun kita tidur .


Bila kita bangun pagi dan bergerak , ia akan memberi kesan yang baik pada pencegahan kardiovaskular . Naiknya kadar nitrik oksida di dalam darah disebabkan pergerakan mengambil wudhuk dan melakukan solat , merupakan proteksi bagi mencegah kejadian kardiovaskular , tanpa kita sedari .


Posisi rukuk dan sujud telah mewujudkan proses mengejan . Posisi ini meningkatkan tonus parasimpatis ( yang melawan kesan tonus simpatis ) . Dengan pergerakan tubuh menghasilkan nitrik oksida untuk melawan peningkatan kadar  zat andrenalin yang berkesan menyempitkan pembuluh darah dan membuat sel trombosit darah , kita jadi semakin sihat dan aktif .



Ternyata ada manfaatnya bila Allah memerintahkan sesutu itu perlu dilakukan . Cuma kita sebagai manusia perlu mancari manfaat itu mengikut sains dan realiti . Hanya selepas 1400 tahun kemudian , kita menemuinya melalui kajian yang dibuat oleh Furchgott dan Zawadsky pada tahun 1980 , Ignarro dan Murad sehingga mereka memperoleh hadiah Nobel pada tahun 1998 .




0 Response to "Kelebihan Azan Solat Subuh"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...