Wad Paling Padat Di Dunia



Wad Paling Padat Di Dunia | Gambar yang anda lihat di bawah adalah keadaan kat wad bersalin di Hospital Dr. Jose Fabella Memorial Manila , Filipina . Wad ini dikatakan dibina diatas tapak pembuangan sampah .

Wad Paling Padat Di Dunia


Wad ni menampung 300 orang ibu setiap termasuk ibu yang sedang menanti kelahiran . Dikatakan seramai lebih kurang 100 orang bayi 
dilahirkan setiap hari !

Malah para ibu terpaksa berkongsi katil antara 3 hingga 6 orang untuk satu katil . Kelengkapan juga tak mencukupi . Kenyataan ini sangat menyeksakan. Sudah tentu tiada keselesaan .

Bila sudah padat dengan manusia , pengudaraan juga jadi sesak . Walaupun ada kipas angin , ianya tidak banyak membantu . Kesian pada bayi yang baru lahir . Sudah tentu kurang selesa . 

Diharapkan jururawat dan juga doktor mencukupi . Jika tidak , sudah tentu mereka tidak ada masa untuk berehat .

Selain itu , kebersihan di wad diharapkan terjaga kerana bayi yang baru lahir sangat sensitif pada persekitaran .

Di Malaysia , walaupun kita kerap merungut , hakikatnya lebih selesa juka dibandingkan dengan wad disitu .


0 Response to "Wad Paling Padat Di Dunia"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...