Apa Itu Zina Mata


Apa Itu Zina Mata | Mata merupakan anugerah yang tidak ternilai oleh Allah S.W.T kepada manusia . Mata boleh menjadi alat untuk mendatangkan kemuliaan dan ketakwaan dengan cara menggunakan anugerah tersebut untuk melihat tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T .


Apa Itu Zina Mata


Mata juga boleh menjerumuskan pemiliknya kepada dosa , maksiat dan kehinaan apabila anugerah itu disalahgunakan termasuklah apa yang dikatakan sebagai zina mata .

Zina mata terjadi apabila seseorang itu melihat sesuatu perkara yang haram baginya . Zina mata terbahagi kepada dua iaitu haram secara mutlak dan haram yang asalnya adalah harus , tetapi akhirnya boleh menjadi haram kepada beberapa perkara lainnya . 

Perkara yang haram ii dilihat secara mutlak ialah sebagaimana yang terkandung di dalam firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 30 yang bermaksud :

" Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya meeka menundukkan pandangan mereka ( daripada memandang yang haram ) , dan memelihara kehormatan mereka . Yang demikian itu lebih uci bagi mereka ; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan . "


Melihat Aurat Perempuan


Berdasarkan pemahaman ayat di atas , seorang lelaki diharamkan untuk melihat aurat perempuan yang bukan mahram mereka . Menurut ulama kontemporari , larangan ini tidaklah terhad kepada larangan melihat perkara yang haram secara realiti sahaja , malah ia juga mencakupi dunia maya termasuklah di kaca televisyen , internet dan sebaginya .

Ini adalah kerana kesan dari melihat perkara yang haram tadi , baik secara langsung ataupun tidak , boleh merangsang nafsu yang mendorong kepada berlaknya maksiat zina yang dikutuk oleh Islam .

Secara umumnya , zina mata termasuk dalam kategori menghampiri zina yang ditegah dalam Islam sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan jalan yang sangat buruk . "

Dosa Kecil


Walau bagaimanapun , terdapat sebahagian kecil ulama mengatakan bahawa zina mata itu adalah satu dosa kecil . Namun demikian , kita perlu fahami , apa jua dosa yang kita lakukan sebenarnya akan dihisab oleh Allah .

Seharusnya yang menjadi keutamaan kita adalah untuk menjaga mata , telinga , mulut , hati dan anggota lainnya dari terjebak melakukan perkara maksiat yang dilarang oleh Allah S.W.T.



1 Response to "Apa Itu Zina Mata"

  1. Mohonlah dijauhkan dan diampuni segala dosa... astagfirullah... ya Robb...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...