ASSALAMUALAIKUM ...
Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Orang Arab Badwi itu berkata : ' Kami telah beriman . ' Katakanlah : ' Kamu belum beriman , tetapi katakanlah : ' Kami telah memeluk Islam , ' kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu . "
( Surah al - Hujurat 49 : 14 )
Jika mengaku beriman kepada Allah ,
Jangan lah sesekali kita percaya bahawa segala yang berlaku itu adalah atas usaha kita semata - mata atau atas bantuan si polan atau kerana benda itu yang menyembuhkan . Tanpa izin Nya pasti semua itu akan sia - sia jua .
" Antara manusia ada yang mengatakan : ' Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian , ' padahal mereka itu bukan orang yang beriman . "( Surah al - Baqarah 2 : 8 )
Jika mengaku beriman kepada Rasul ( Muhammad SAW ) ,
Maka patuhilah sunnah menutup aurat yang telah diterapkan oleh Rasulullah SAW . Modelnya telah wujud sekian lama dan telah diperaktikkan oleh isteri - isteri Baginda .Menjalani kehidupan seharian berlandaskan sunnahnya sama dari segi perbuatan , pertuturan , gaya hidup juga pergaulan .
Jika mengaku beriman kepada kitab ( al - Quran ) ,
Semestinya kita perlu memahami dan mengamalkan anjuran menutup aurat yang telah termaktub dalam al - Quran .
Jika mengaku beriman pada Malaikat ,
Pasti kita akan sedar bahawa malaikat Raqib dan Atid sentiasa ada di sisi merekodkan dalam buku amalan sama ada seseorang itu ( lelaki / wanita ) menutup aurat atau tidak .
Jika mengaku beriman pada hari akhirat ,
Adakah kita masih berani melanggar arahan yang akan menghumbankan diri ke dalam neraka jahanam ? Begitulah juga sebaliknya , mematuhi arahan pula akan menjadi asbab mampu menikmati rahmat Allah di dalam syurga nan indah .
Beriman dengan qada' dan qadar ?
Jangan disangka jika ditakdirkan lahir dalam keluarga atau berada dalam suasana yang tidak islamik menjadi alasan untuk tidak menutup aurat . Fahamilah sebenar - benarnya di balik tabir qada' dan qadar ' setiap manusia ada potensi untuk berubah ke arah yang lebih baik .
" Demi masa . Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian . Melainkan orang - orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati dengan yang hak dan saling menasihati dengan kesabaran . "( Surah al - ' Asr 103 : 1 - 3 )
Subhanallah... t kasih atas perkongsian dan peringatan nasihat ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
ReplyDelete