Tazkirah : Kepanasan Di Akhirat | Dalam ayat 47 surah al - Hajj , Allah s.w.t menegaskan bahawa sehari di akhirat seumpama 1000 tahun di dunia . Maknanya , usia kehidupan kita mungkin hanya untuk beberapa jam di akhirat . Dengan beberapa jam itu , cukupkah amal ibadah kita sebagai bekalan ? Cuba kita melihat dengan mata hati , tempoh kehidupan di dunia ini seolah - olah kita sedang menduduki satu ujian sahaja . Ujian tersebut , adalah sekadar untuk mengetahui sama ada kita mahu atau memilih ke syurga atau neraka .
Maka , manfaatkanlah selagi boleh masa dan kehidupan yang anda miliki dengan ibadah . Apa juga jenis ibadah yang boleh membantu anda di sana . Tidak berbaloi anda memilih ibadah itu dan menolak ibadah ini . Hanya Allah yang tahu , ibadah mana yang dapat membantu kita disana . Bermula anda membuka mata , sehingga anda memejamkan mata setiap hari , penuhilah dengan ibadah . Anda tidak perlu duduk sahaja di atas sejadah sepanjang hari , kerana ibadah boleh anda lakukan melalui pelbagai cara juga di mana jua .
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam . "Para sahabat Baginda s.a.w. berkata ;" Demi Allah ! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa . "Baginda s.a.w. bersabda ;" Meskipun demikian , kepanasan Neraka Jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap - tiap satunya seperti kepanasan api di dunia ini . " ( Riwayat Bukhari , Muslim dan Tirmizi )
musim panas sekarang ni.... sampai malam pun asik terjaga kepanasan, ya allah
ReplyDelete