Empat Asas penting Dalam Perniagaan | Perniagaan diibaratkan seperti di medan peperangan . Oleh sebab itu , menjalankan perniagaan memerlukan perancangan , strategi , peralatan , logistik dan pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi .
Setiap peniaga dan usahawan perlu berusaha mengubah nasibnya dengan mengenal pasti di mana kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukannya . Seterusnya mengambil langkah-langkah yang konkrit untuk menangani dan mengatasinya .
Dalam perniagaan , tidak ada siapa yang kalah dan tidak ada siapa yang menang . Apa yang dtekankan adalah sejauh mana semua pihak mendapat manfaat dan keuntungan daripada usaha yang dilakukannya .
Setiap peniaga saling dan perlu bergantung kepada orang lain sama ada pelanggan , pembekal atau penjual untuk membolehkan urusannya berjalan dengan lancar .
Empat Asas penting Dalam Perniagaan
Terdapat empat asas penting dalam perniagaan yang bukan sahaja perlu diketahui tetapi harus dilaksanakan untuk menjamin kelangsungan perniagaan .
1- Mencari seberapa ramai kawan yang mungkin dan mengurangkan musuh kepada tahap yang paling minimum .
2- Jangan bersikap tamak dan materialistik sehingga mengambil hak orang lain dan menyapu semua keuntungan ke dalam kantungnya .
3- Memastikan semua perniagaan dapat dipertahankan dengan menghulurkan pertolongan kepada peniaga lain hatta saingan kita yang paling rapat .
4- Setiap peniaga dan usahawan perlu memahami makna dan konsep ' menang-menang ' .
Dunia perniagaan menjanjikan seribu satu harapan . Bidang ini juga telah merealisasikan banyak impian dan cita-cita menjadi kenyataan . Tidak kurang juga yang telah berjaya meningkatkan sosio-ekonomi dan keluar dari kepompomg kemiskinan .
0 Response to "Empat Asas penting Dalam Perniagaan"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...