Jejak Ekologi


Jejak Ekologi  | Setiap kali menyarung pakaian , membuka pili air , memandu kereta hatta menyuap nasi ke mulut , tahukah kita berapa luas kawasan bumi yang digunakan bagi memenuhi semua keperluan dan kehendak berkenaan ?

Jika kita menggunakan sumber bumi secara berleluasa tanpa had , apa yang akan ditinggalkan untuk generasi akan datang ? 

Bermula dengan alam semesta yang mengandungi 100 bilion galaksi dan setiap satunya mempuyai 100 bilion . Galaksi pula mengandungi matahari , bulan dan planet yang menyokong kehidupan manusia sejak lebih jutaan tahun lalu .

Dengan teknologi yang ada , manusia bukan sahaja boleh mendapat manfaat dari bumi , namun pada masa yang sama juga memusnahkannya . 


Jejak Ekologi

Konsep


Bagi mengukur penggunaan tanah yang digunakan oleh manusia , pakar ekologi yang juga profesor di University of British Colombia , William Rees memperkenalkan konsep ' Ecological Footprint ' atau Jejak Ekologi .

Pada tahun 1995 , Mathias dan Rees Wackernagel telah menerbitkan sebuah buku berkenaan dengan jejak ekologi bertajuk ' Our Ecological Footprint : Reducing Human Impact on the Earth ' . 

Kini , konsep berkenaan telah digunakan secara meluas sebagai penunjuk kemampuan alam sekitar di seluruh Dunia .

Jejak ekologi adalah ukuran banyak mana kawasan yang produktif secara biologi dan kawasan air yang diperlukan oleh individu , bandar atau negara untuk hidup serta menyerap sisa dan bahan buangan yang dihasilkan . 

Konsep jejak ekologi akan membantu pihak berkuasa membuat keputusan menjana ekonomi manusia dalam ekologi bumi .

Jejak ekologi sesebuah negara adalah jumlah kawasan yang diperlukan bagi mengeluarkan makanan dan fiber kepada pengguna serta menyerap semua sisa serta meliputi kawsan kemudahan asas .

Secara amnya , jejak ekologi merupakan kesan yang diberikan oleh manusia kepada alam sekitar dengan mengambil kira kawasan tanah dan marin yang produktif bagi mengekalkan populasi , pengeluaran makanan atau pelbagai aktiviti berkaitan .

Ini boleh dicapai melalui sistem yang mengira kesemua penggunaan tenaga , biomas ( makanan dan fiber ) bahan binaan , air dan sumber lain yng diubah kepada ukuran tanah yang dinamakan global hektar ( gha ) .

Ekologi


Jejak ekologi boleh digunakan bagi menentukan sama ada cara hidup yang diamalkan di sesebuah negara adalah mapan atau sebaliknya .

Purata perkongsian bumi bagi seorang individu adalah 1.9 gha pe/kapita tetapi taburannya tidak sekata di seluruh dunia .

Di Amerika Syarikat , Jejak Ekologi bagi seorang individu adalah 9.5 gha , Switzerland 4 gha manakalaChina hanyalah 1.5 gha sementara Bangladesh hanya menggunakan 0.6 hektar bagi seorang penduduk .

Jika perkara berkenaan berterusan , alam sekitar yang boleh digunakan semakin berkurangan dan memberikan kesan kepada generasi akan datang .

Kini jejak ekologi digunakan secara meluas diseluruh dunia sebagai penunjuk kemampuan alam sekitar .

Ia boleh digunakan untuk mengukur dan menguruskan penggunaan sumber ekonomi dan biasa digunakan bagi menentukan kemampuan gaya hidup , produk dan perkhidmatan , sektor industri , kejiranan , bandar raya , rantau dan negara .

Dalam kebanyakan neara membangun , penggunaan bahan api fosil menyumbang kepada lebih 50 peratus jejak ekologi . Ini termasuk anggaran kawasan tanah dan tanaman yang diperlukan untuk memerangkap gas karbon dioksida ( CO2 ) yang dibebaskan daripada pembakaran fosil . Ada yang mengatakan ia bukan kaedah yang tidak ekonomik bagi menghentikan pemanasan global . 

Mengira Jejak Ekologi bagi kawasan yang berpenduduk padat dalam sebuah negara kecil atau bandar raya seperti Singapura dan New York mungkin membawa kepada persepsi populasi seperti parasit .

Ini kerana populasi akan bergantung sepenuhnya kepada segala sumber yang ada berbanding dengan permintaan .


0 Response to "Jejak Ekologi "

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...