Assalamualaikum ...
Keburukan Tidur Selepas Solat Subuh Dan Asar | Bismillah . Tidur merupakan sesuatu perbuatan yang sangat nikmat terutama selepas solat subuh dan apabila masuk waktu asar . Pada waktu itu , mata sangat berat dan mengantuk jika kita tidak melakukan apa-apa . Hal ini terjadi kerana syaitan mahukan manusia tidur dari melakukan ibdadah termasuk mencari rezeki .
Nabi SAW bersabda dalam sepotong hadis:
" Bagi setiap seorang hamba itu ada dua buah rumah. Satu rumah dalam syurga dan satu di dalam neraka. Adapun orang beriman,maka dibina rumahnya dalam syurga dan diruntuhkan rumahnya dalam neraka. Sementara orang yang kafir,diruntuhkan rumahnya dalam syurga dan dibina rumahnya dalam neraka. "(Hadis riwayat Ad-Dailami )
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“ Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).. ”(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
“Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
i) dibebaskan daripada api neraka
ii) dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
KEBURUKAN TIDUR SELEPAS SUBUH & ASAR
Apabila Rasulullah melarang umatnya daripada tidur selepas subuh juga asar , itu bermakna bahawa jika umatnya tidur selepas waktu subuh dan asar , ianya akan membawa mudarat kepada kesihatan dan juga kehidupaan .
A. Tidur Selepas Subuh
Berikut adalah penjelasan mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh .
1. Sabda Nabi yang bermaksud :
" Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. "
(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
2. Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
“ Bangun ! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan ? "
3. Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
" Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orangg yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari. "
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
4. Maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.
" Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal. "(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)
B: Tidur Selepas Waktu Asar
Tidur selepas waktu asar menjadikan badan anda jadi lesu dan tak bermaya . Selain itu , anda akan sukar untuk bangun dari tidur sehinggalah menjelang maghrib .
1. Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
" Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari. "
2.Ibn Qaiyim :
“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”
3.Setengah ulama mengatakan:
“ Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri. "
0 Response to "Keburukan Tidur Selepas Solat Subuh Dan Asar"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...