Honor 5X Telefon Pintar Berteknologi Tinggi Yang Mampu Milik | Tahun lepas telefon pintar Honor telah keluarkan modelnya melalui Honor 4X . Sambutan yang diterima sanggat menggalakkan . Oleh itu , tahun ini telefon pintar Honor telah melancarkan model barunya iaitu Honor 5X dengan dengan teknologi yang dinaik taraf .
Honor 5X telah dihasilkan dengan rekaan berasaskan logam dan menggunakan skrin berukuran 5.5 inci dengan paparan 1080p, . Selain ituHonor 5X dijana menggunakan cip Snapdragon 616 serta hadir dengan memori pilihan 2GB RAM atau 3GB RAM .
Selain itu , Honor 5X juga turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dibawah kamera 13-megapixel. Untuk rakaman gambar selfie, Honor 5X menyertakan kamera hadapan 5-megapixel.
Honor 5X juga turut dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0, selain hadir dalam pilihan dwi-SIM 4G LTE.
Ketika kebanyakkan pengeluar mengunakan ruangan SIM berbentuk hibrid, pihak Honor masih mengekalkan ruangan mikro-SD dan kad-SIM secara berasingan. Kedua-dua SIM juga adalah aktif, membolehkan anda kekal berhubung sepanjang masa tanpa masalah .
Honor 5X ditawarkan dengan harga yang mampu milik . Sesetengan syarikat telekomunikasi telah menawarkan harga serta pakej yang lebih berbaloi untuk anda miliki .
Melalui ujian letupan yang dilakukan, Honor melilitkan peranti honor 5X dengan sejumlah mercun. Selepas melalui letupan, Honor 5X dilihat masih kekal dapat berfungsi, walaupun terdapat sedikit kecacatan pada skrin akibat letupan yang dilakukan. Kerangka belakangnya hanya memperlihatkan kesan letupan yang mana boleh dihilangkan dengan mengelapnya.
0 Response to "Honor 5X Telefon Pintar Berteknologi Tinggi Yang Mampu Milik"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...