Rawat Jantung Guna Ayat al-Quran ( Syifa' ) | Tanpa jantung sudah tentu kita tidak bernyawa . Jika dahulu penyakit jantung dikaitkan dengan usia , kini sakit jantung dikaitkan pula dengan pemakanan dan gaya hidup . Ini kerana , di zaman ini penyakit jantung sudah dihidapi oleh golongan muda . Ramai juga yang meninggal dunia pada uisa awal 40-an disebabkan oleh sakit jantung .
Sakit Jantung
Sakit jantung berlaku apabila sebahagian otot jantung mati disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.
Seseorang itu dikatakan menghidap sakit jantung apabila merasa sakit pada bahagian dada dan sukar untuk bernafas . Kesakitan itu pula merebak ke bahagian rahang dan tangan kiri dalam masa lebih kurang setengah jam .
Rawat Jantung Guna Ayat al-Quran ( Syifa' )
Selain kaedah perubatan moden untuk merawat jantung dan dibantu pula dengan ubat-ubatan , penghidap jantung juga perlu mencari kaedah rawatan lain sebagai alternatif .
Rawatan jantung alternatif yang popular adalah merawat jantung menggunakan sumber semulajadi yang boleh dilakukan dirumah . Selain itu anda boleh juga merawat sakit jantung menggunakan ayat-ayat suci al-Quran .
CARA AMALKAN AYAT-AYAT SYIFA UNTUK JANTUNG
Berikut adalah langkah-langkah cara mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran untuk merawat jantung .
1. Amalkan membaca Ayat 57 Surah Yunus, dengan meletakkan tapak tangan kanan di bahagian atas dada sebelah kiri. Sebaiknya amalkan membaca ayat ini selepas solat.
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah Yunus Ayat 57)
2. Amalkan membaca Surah Al-Hasyir, Ayat 21 - 24. Selepas membaca ayat-ayat ini, tarik nafas perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya. Kita tahan nafas dan bayangkan seolah-olah amalan surah ini menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat salur darah dijantung kita.
3. Satu lagi Ayat Penyembuh yang baik diamalkan untuk merawat jantung ialah Ayat 44, Surah Fushillat.
Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?
Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta PENAWAR bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi).
Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”
(Surah Fushillat: Ayat 44)
Selain sentiasa mengamalkan 3 Ayat-ayat Syifa untuk rawat jantung , anda boleh juga amalkan membaca Istighfar semasa jogging di waktu pagi .
Dengan Istighfar, kita mohon Alllah ampunkan dosa-dosa kita. Biasanya penyakit yang kita hadapi adalah balasan untuk membersihkan dosa-dosa yang dahulu. Semoga dengan beristighfar, Allah ampunkan dosa-dosa dan sembuhkan segala penyakit.
0 Response to "Rawat Jantung Guna Ayat al-Quran ( Syifa' )"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...