Tazkirah : Cemburu Daripada Syaitan ( qarin )


Assalamualaikum ...

Tazkirah : Cemburu Daripada Syaitan ( Qarin ) | Bismillah . Syaitan atau selalu orang sebut sebagai jin adalah makhluk yang memiliki ciri khas iaitu tersembunyi . 

Ciri itulah memudahkan mereka untuk mengganggu manusia tanpa manusia ketahui . Mereka ini duduk dalam tubuh manusia . Ia dapat membisikkan kepada manusia sesuatu yang merupakan bisikan dari hati yang paling dalam . 


Antaranya , ia akan membisikkan sesuatu yang membawa kepada perasaan cemburu .  Inilah yang dikatakan sebagai cemburu daripada syaitan . 

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al - A'raf ayat 27 yang bermaksud :

" Wahai anak - anak Adam , janganlah sekali - kali kamu diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapa kamu ( Adam dan Hawa ) dari syurga . Ia telah menanggalkan pakaian mereka untuk diperlihatkan kepada mereka aurat mereka . Sesungguhnya ia ( syaitan ) dan pengikut - pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka . Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan - syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman . "

Syaitan duduk dalam badan manusia 


Hal ini disebut dalam sebuah hadis riwayat al - Bukhari dan Muslim daripada Safiyyah binti Huyay , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;
" Sesungguhnya syaitan mengalir dalam diri anak Adam sebagaimana mengalirnya darah . "

Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada 'Urwah , beliau bercerita bahawa Aisyah r.h.a. iaitu isteri Nabi s.a.w. bercerita kepadanya bahawa sesungguhnya pada suatu malam , Rasulullah s.a.w. keluar dari sisi Aisyah .

Aisyah berkata ; " Aku cemburu kepada Baginda . "

Ketika Baginda datang , Baginda melihat gelagat Aisyah dan bersabda ; " Ada apa denganmu , wahai Aisyah ? Adakah engkau cemburu ? "

Aisyah menjawab ; "Betapa tidak orang seperti aku cemburu terhadap orang sepertimu . "

Rasulullah s.a.w. bersabda ; " Adakah telah datang syaitan kepadamu ? "

Aisyah bertanya ; " Wahai Rasulullah , adakah ada bersamaku syaitan ?

Baginda menjawab ; " Ya . "

Aisyah bertanya lagi : " Adakah setiap orang ada syaitannya ? "

Rasulullah menjawab : " Ya . "

Aisyah bertanya lagi ; " Engkau juga , wahai Rasulullah ? "

Rasulullah s.a.w. menjawab ; " Ya , tetapi Tuhanku telah membantuku sehingga aku selamat . "

Syaitan Bernama Qarin


Oleh sebab itu , setiap orang ada syaitan yang mendampinginya dan syaitan pendamping itu disebut oleh al - Quran dalam surah Fussilat ayat 25 sebagai qarin . Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud ;
" Kami tetapkan bagi mereka qurana' ( teman - teman  pendamping ) yang menjadikan mereka memandang baik ( dengan menghiaskan kepada mereka fahaman - fahaman sesat ) mengenai perkara - perkara dunia yang ada di hadapan mereka , serta perkara - perkara akhirat yang ada di belakang mereka . ( Dengan sebab itu ) tetaplah hukuman ( azab ) atas mereka bersama - sama umat - umat yang terdahulu sebelum mereka ( yang sesat ) daripada jenis jin dan manusia . Sesungguhnya mereka ialah orang yang rugi . "

Maka sebab itu , keimanan itu penting dalam setiap diri muslimin supaya dapat menangkis bisikan syaitan .

2 Responses to "Tazkirah : Cemburu Daripada Syaitan ( qarin )"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...