Bagaimana El Nino Berlaku Dan Kesannya | Mengikut sejarah , El Nino pernah berlaku pada tahun 1982/83 dan 1997/98 . Pada tahun tersebut merupakan fenomena El Nino paling ekstrem pernah dialami dunia. di mana kawasan barat Pasifik, mengalami hujan lebat yang mengakibatkan bencana seperti banjir dan tanah runtuh di kawasan seperti Peru dan Amerika Syarikat. Di bahagian timur pula, Australia dan Asia Tenggara terpaksa berdepan cuaca kering dan panas sehingga mengakibatkan kebakaran hutan dan bekalan air terjejas teruk.
Bagaimana El Nino Berlaku Dan Kesannya
El Nino merupakan fenomena lautan-atmosfera semula jadi . El Nino adalah fenomena berulang yang berlaku dalam kitaran dua hingga tujuh tahun sekali .
El Nino terjadi apabila berlaku satu perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika , sekali gus mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim, terutama pada taburan hujan.
Walaupun kawasan utama perubahan ini berlaku di Lautan Pasifik, ia bakal mengakibatkan kesan pada skala global.
Kesan El Nino tidak tertakluk hanya kepada iklim dan atmosfera, sebaliknya kesannya terhadap lautan juga perlu diberi perhatian.
Mengikut laporan saintifik sebelum ini, saintis meramalkan dua musim kemuncak air di Laut China Selatan akan mengalami pemanasan, iaitu pada Februari dan September.
Pemanasan di permukaan lautan sering mengakibatkan tiupan angin berkurangan dan permukaan lautan akan lebih panas, awan berkurangan, sekali gus mengurangkan hujan. Ini bakal mengakibatkan cuaca panas berpanjangan lebih lama.
Kesan kepada Ekosistem Laut
Dalam keadaan suhu laut lebih panas berbanding normal, kesan El Nino paling besar adalah kepada ekosistem lautan di mana jumlah terumbu karang mengalami kelunturan akan meningkat secara mendadak. Kawasan karang ini biasanya menjadi tempat pembiakan ikan dan petunjuk penting terhadap kesihatan ekosistem marin.
Pengalaman pada 2010 menunjukkan kelunturan karang yang sangat kritikal di sekitar pulau di Laut China Selatan sehingga sebahagian besar taman laut di Malaysia terpaksa ditutup kepada pelancong.
Kesan Kepada Arus Lautan
Lebih meruncing lagi, arus lautan juga terganggu akibat El Nino. Kebiasaannya pada Ogos dan September, perairan sepanjang pantai timur mengalami proses peningkatan produktiviti lautan yang dikenali sebagai pengaliratasan.
Proses ini membawa air lebih sejuk dan bernutrien tinggi kepada permukaan laut dan menjadikan kawasan sepanjang Semenanjung dari Johor hingga Terengganu mengalami peningkatan kadar tangkapan ikan.
Bagaimanapun, suhu panas lautan dan kesan angin yang berkurangan bakal memberi kesan besar kepada industri perikanan dan sumber lautan.
Kekurangan Bekalan Air
Cabaran ketara bagi Malaysia adalah kekurangan bekalan air yang akan menyebabkan keperluan domestik terjejas.
Bagi industri pertanian, ia adalah antara cabaran terbesar yang memerlukan perancangan lebih mapan.
Kesan peningkatan harga beras pernah dirasai pada El Nino 2010 akibat pengeluaran padi yang terjejas di rantau ini.
Wabak Mudah Tersebar
Cuaca panas juga bakal menyebabkan penyebaran wabak seperti denggi lebih mudah tersebar. Berdasarkan statistik terkini, Kementerian Kesihatan meramalkan peningkatan wabak berkenaan 50 peratus berbanding normal.
Ketika El Nino / cuaca panas luar biasa ini dinasihatkan bagi kanak-kanak , warga emas yang uzur serta mereka yang memiliki masalah kesihatan , untuk berada di dalam rumah sahaja jika tiada keperluan untuk berada di luar .
Bagi mereka yang terpaksa melakukan kerja di luar pejabat , anda dinasihatkan banyak minum air ,untuk mengelakkan tubuh anda terhidrat serta menggunakan payung untuk menghalang panas matahari untuk sampai terus ke tubuh anda .
0 Response to "Bagaimana El Nino Berlaku Dan Kesannya"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...