Panduan Mudah Solat Sunat Gerhana Matahari ( Kusuf )



Panduan Mudah Solat Sunat Gerhana Matahari ( Kusuf ) | Gerhana Matahari disebut sebagai Kusuf dalam bahasa Arab yang membawa maksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari sama ada yang terlindung itu sebahagian ataupun hilang sepenuhnya .

Panduan Mudah Solat Sunat Gerhana Matahari ( Kusuf )


Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”

Gerhana Matahari 

Pada hari Rabu 9 Mac 2016 , Malaysia akan mengalami Gerhana Matahari bermula lebih kurang jam 7.30 pagi ( matahari terbit di ufuk timur ) dan kan berakhir lebih kurang jam 8.30 pagi . Kali ini , Gerhana Matahari yang berlaku merupakan Gerhana Matahari Separa di mana hanya sebahagian besar dari matahari akan ditutupi oleh bulan .
Gerhana Matahari akan berlaku apabila tiga jasad besar di angkasa lepas iaitu matahari , bumi dan bulan berada dalam kedudukan selari .
Gerhana Matahari di Malaysia akan belangsung selama lebih kurang 1 jam 5 minit selepas waktu puncak .
Gerhana matahari yang berlaku di Malaysia tidak serentak di antara bahagian utara dan juga bahagian selatan . 

Jadual Gerhana Matahari

Berikut adalah waktu gerhana matahari berlaku mengikut kawasan :

Semenanjung Malaysia

  • Kangar – 8.25 pagi (67%)
  • Kuah – 8.25 pagi (67%)
  • Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
  • Georgetown – 8.25 pagi (70%)
  • Ipoh – 8.24 pagi (73%)
  • Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
  • Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
  • Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
  • Seremban – 8.24 pagi (81%)
  • Melaka – 8.23 pagi (83%)
  • Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
  • Kuantan – 8.25 pagi (77%)
  • Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
  • Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)

Sabah & Sarawak

  • Kuching – 8.29 pagi (87%)
  • Sibu – 8.31 pagi (85%)
  • Bintulu – 8.33 pagi (82%)
  • Miri – 8.36 pagi (78%)
  • Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
  • Sandakan – 8.42 pagi (75%)
  • Tawau – 8.41 pagi (81%)

Panduan Mudah Solat Sunat Gerhana Matahari ( Kusuf )


Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat gerhana matahari dan berdoa. 
Rasulullah SAW bersabda: 
“Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”
.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”

Di sunatkan kepada bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba . Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ . Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat

Waktu Solat

Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

Cara Melakukan Solat

Cara melakukan solat sunat gerhana mahatahari adalah sama dengan solat sunat yang lainnya iaitu sebanyak 2 rakaat dan dibaca dengan suara yang perlahan . 

1- Lafaz Niat

Panduan Mudah Solat Sunat Gerhana Matahari ( Kusuf )
Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

2- Membaca Surah

Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).
Dari Aisyah r.a. berkata yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat kepala dan mengucapkan “Sami’ Allahhu Liman Hamidah”, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian Baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana.  (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

3- Dua Rakaat

Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.

4-  Istighfar Memohon Ampun

Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

Panduan Mudah Solat Sunat Gerhana Matahari ( Kusuf )

5- Doa

Antara doa yang biasa dibaca terutama selepas solat sunat gerhana ialah :

Panduan Mudah Solat Sunat Gerhana Matahari ( Kusuf )


Cara Solat Paling Ringkas

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang paling ringkas . Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat Zuhur atau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud .



0 Response to "Panduan Mudah Solat Sunat Gerhana Matahari ( Kusuf )"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...